Seni & Sukan 11 Mar, 2022

Video| Ya Allah, kurusnya kak! Peminat teruja lihat Aishah dah kurus! Teringat masa Fan Club dulu!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sebut sahaja nama penyanyi Datuk Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin pasti terbayang-bayang suaranya yang nyaring berserta lagu-lagu malar segar seperti Janji Manismu, Bahtera Merdeka, Selanjur Bercinta dan paling dinanti-natikan setiap kali raya iaitu Pulanglah serta Setitis Cahaya Di Aidilfitri.

Sehingga hari ini, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini mengalami transformasi berat badan yang mengagumkan. Ia boleh dijadikan contoh kepada individu yang mempunyai masalah berat badan atau obesiti.

Penurunan berat badan Aishah bukan semata-mata disebabkan pembedahan bariatric surgery atau pintasan gastrik yang dilakukan pada awal 2018, tetapi juga disiplin dan tekadnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan sihat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aishah

Aishah ketika menyertai pertandingan GV4 pada tahun 2017. - Kredit foto: Astro Awani


Hasilnya, seperti yang anda lihat Aishah hari ini. Masih terbayang-bayang ketika dia menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) pada tahun 2017. Ketika itu berat badannya masih lagi dalam kategori obesiti sehingga menyukarkan dia memilih pakaian sesuai dan kelihatan sangat besar di dalam kaca televisyen.

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan dan pengajaran berguna bukan sahaja buat penyanyi tersebut tetapi juga para peminat mengenai berat badan berlebihan.

Berkongsi gambar terbaharunya dalam media sosial, Aishah mendapat perhatian netizen kerana dilihat begitu kurus dan anggun. Ramai netizen terutama peminatnya teruja dan kagum dengan penampilan terkininya itu.

Aishah dilihat menghadiri rancangan sembang bual oleh sebuah syarikat penerbitan. Hadir dengan pakaian berwarna coklat cair, Aishah benar-benar kelihatan kurus, cantik dan muda.


Orang ramai boleh mencontohi Aishah dalam menurunkan berat badan.-Kredit Foto: IG Aishah


Rata-rata memuji kecantikan dan menyamakan Aishah seperti zaman 90-an dulu ketika dia bersama kumpulan Fan Club dan zaman solonya.

“Tetiba teringat kumpulan Fan Club. Kecil molek je. Air wajah kak Datuk Aishah kembali macam era 90-an dulu,” tulis beberapa orang peminat.


Peminat teruja melihat keadaan terkini Aishah.


Masalah obesiti menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Justeru, marilah sama-sama kita mencontohi Aishah dalam mengurangkan berat badan. Kalau tidak mampu untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik, amalkan gaya hidup sihat sudah mencukupi.  - KitaReporters



11
14
1
15
0
You will be interested