Seni & Sukan 27 Nov, 2020

PU Syed nafi dia terbabit! Tapi kenapa Fedtri pula bengang?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KISAH seorang penceramah selebriti yang ditangkap polis pada Khamis, 26 November 2020 kerana didakwa merogol menjadi buah mulut orang ramai. Walaupun kebanyakan media tidak menyebut nama penceramah tersebut, namun sudah pasti ramai mengetahui siapakah yang dimaksudkan itu kerana hal tersebut sudah tular dalam media sosial. : KitaReporters


PU Syed menasihati orang ramai agar tidak mudah menjatuhkan hukum dan menyebarkan aib orang lain.


Lagi kisah-kisah berkaitan penceramah:

https://kitareporters.com/search?search=penceramah


Kes tersebut memang menarik perhatian ramai kerana ia membabitkan figura umum apatah lagi dirinya seorang penceramah dan pendakwah yang membawa nama agama Islam.

Seorang demi seorang rakan-rakan membuat kenyataan. Kalau sebelum ini Dai Luqman mengutuskan surat terbuka kepadanya, kini tiba giliran seorang lagi penceramah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al Yahya mengeluarkan kenyataan.

Dalam Instagram miliknya, PU Syed cuba menjelaskan bahawa dia bukanlah penceramah selebriti yang ditangkap itu. Penjelasan itu dibuat kerana kebetulan nama dan gelaran mereka adalah sama.


PU PU Syed menjelaskan Dai Syed itu bukan dirinya.


Seru PU Syed, orang ramai tidak perlu menjatuhkan hukuman kerana ia tugas mahkamah. Malah katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang pendakwah muda tanpa persediaan yang secukupnya.

Namun, bukan penjelasan PU Syed itu yang menarik perhatian tetapi komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pengikutnya yang juga seorang selebriti terkenal dalam hantaran tersebut.

Orang tersebut tidak lain tidak bukan adalah personaliti dan pengacara televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya


Fedtri Yahya terkenal dengan kata-kata madah pujangga ketika mengacara sesuatu rancangan.


Menyokong kata-kata PU Syed, Fedtri dilihat sedikit beremosi apabila meninggalkan komen seakan-akan geram dan bengang dengan tindakan sebahagian netizen yang mempamerkan akhlak tidak baik ketika menulis.

“Zaman sekarang, orang komen ‘stay strong’ atau ‘semoga dipermudahkan’ pun orang kata ‘support perogol’ dan lain-lain. Takkanlah kita nak tulis ‘pergi jahanam’? Cakap elok-elok tak boleh ke? Memang sakit akhlak budak-budak sekarang. Kerja nak memaki je,” tulisnya dalam ruangan komen.


Fedtri menyeru agar pengguna media sosial menggunakan kata-kata yang baik.


Komen tersebut dibalas oleh PU Syed yang bersetuju dengan pendapat tersebut. Malah, ramai juga netizen yang bersetuju dengan Fedtri Yahya.

Namun, ada netizen tidak bersetuju. Menurutnya perkataan ‘stay strong’ tidak sepatutnya ditujukan kepada orang yang didakwa sebagai perogol kerana ia tidak adil untuk mangsa rogol.

“Tapi ada betul juga. Kalau tuduhan itu benar ‘stay strong’ atau ‘semoga dipermudahkan' patut ke kita tuju kepada pemangsa? Sedih kalau mereka sebagai mangsa sebab mereka yang perlukan semangat itu. Kes bukan biasa-biasa. Tapi disebabkan kita tak tahu apa-apa, lebih baik tak payah komen langsung,” tulis netizen tersebut.

Salah seorang netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Fedtri.


Berkenaan hal dakwaan rogol itu, biarlah pihak mahkamah yang menentukan. Namun, apa yang cuba disampaikan oleh PU Syed dan Fedtri Yahya itu adalah mengenai adab dalam berkata-kata.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa! Beringat-ingatlah selalu! - KitaReporters

6
20
13
4
18
You will be interested