Seni & Sukan 10 Jul, 2020

Membonceng dengan kekasih! Nonny ditegur duduk rapat-rapat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KISAH cinta antara dua pelakon, Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi mula mendapat perhatian setelah mereka secara terbuka mengakui sedang hangat bercinta. Malah, Niezam selaku pihak lelaki berhasrat untuk menyunting Nonny sebagai suri hatinya sebelum hujung tahun 2020. : KitaReporters

Nonny dan Niezam merancang untuk berkahwin sebelum hujung tahun 2020.


Kisah mereka mendapat perhatian kerana tiada angin tiada ribut, rupa-rupanya sedang menjalinkan hubungan cinta.

Setelah mendedahkan kisah cinta mereka pada umum, kelihatan kedua-dua pasangan ini sering berkongsi dalam media sosial aktiviti mereka bersama.

Terbaru, Nonny berkongsi satu video menunjukkan dia sedang membonceng motosikal yang ditunggangi Niezam.

Daripada kapsyen yang ditulis, seolah-olah mereka berdepan dengan masalah kenderaan sehingga memaksa menaiki motosikal.

“Dari grab ke motor, berhujan pakai plastik sampah, Alhamdulillah sekarang dah ada kenderaan balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu kami.

“Walau ada RM10 dalam poket jangan pernah putus asa sebab rezeki Allah yang bagi,” tulis Nonny.


Namun aksi mereka mendapat reaksi kurang menyenangkan segelintir netizen yang melihatnya.

Menurut netizen, sebagai wanita Muslimah yang berhijab, aksi Nonny yang duduk terlalu rapat dengan lelaki yang masih belum sah menjadi suami disifatkan kurang sopan dan tidak elok.

“Semoga dipermudahkan jodoh Nonny. Tak baik bukan mahram duduk rapat sebegitu ya,” tulis seorang netizen.

Netizen menegur Nonny yang duduk terlalu rapat dengan lelaki bukan mahram.


Nonny sebelum ini penah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 di Kota Kinabalu, Sabah, namun bercerai pada tahun 2019.

Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin. - KitaReporters

0
0
0
0
1
You will be interested