Seni & Sukan 03 Feb, 2021

Selalu puji Ebit Lew! Tapi pernah ke kita viralkan Elewsmart? Norish Karman seru bantu tular!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan sifat suka menolong orang susah.


SEBUT sahaja nama Ustaz Ebit Lew semua orang kenal. Malah ramai yang menggelarkannya hero kerana sering membantu golongan yang memerlukan pertolongan.

Ibarat mesin merentas masa, di mana sahaja ada orang susah, di situlah ada Ustaz Ebit Lew. Pantang dengar orang susah, berdesup beliau ke sana merentas gunung-ganang, hutan belantara dan lautan luas semata-mata mahu menyampaikan bantuan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Norish Karman:

https://kitareporters.com/search?search=norish+karman


Norish kagum dengan kemuliaan hati Ustaz Ebit Lew.


Terima kasih ya Allah kerana kurniaan kami rakyat Malaysia dengan insan semulia ini, yang banyak menolong insan-insan yang susah. Jutaan terima kasih pun belum dapat membalas jasanya.

Namun, dalam kita memuji dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew, pernah ke kita membantu menviral dan menguar-uarkan kedai-kedai yang dimilikinya? 

Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon Norish Karman atau nama penuh Nor Ashikin Karman dalam Instagramnya.



Soal Norish, orang ramai pernah ke berbelanja di kedai-kedai milik Ustaz Ebit Lew seperti kedai serbaneka Elewsmart?

“Sudah pergi belanja di kedai Ustaz Ebit Lew? Kita selalu puji Ustaz Ebit Lew tapi pernahkah kita tolong viral di mana kedai-kedai beliau?

“Jom viral. Boleh tekan link di bawah untuk Google Maps atau Waze lokasi cawangan Elewsmart,” tulisnya sambil berkongsi pautan lokasi kedai serbaneka Elewsmart.


Norish menyeru orang ramai agar berbelanja dan menviralkan kedai serbaneka milik Ustaz Ebit Lew.


Bak kata peribahasa, orang memberi kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa. Jadi, inilah cara yang boleh dilakukan oleh semua orang sebagai tanda terima kasih.

Memang Ustaz Ebit Lew tidak mengharapkan apa jua balasan ketika menghulurkan bantuan kerana beliau ikhlas melakukannya. Tetapi seperti peribahasa di atas.

Ustaz Ebit Lew mempunyai 21 kedai serbaneka Elewsmart yang boleh dikunjungi iaitu di Bangi Seksyen 9, Taman Tun Doktor Ismail di Grove Kajang, Sungai Buloh, Damansara, Cyberjaya, Balakong, Subang Perdana, Seksyen 22 Shah Alam, Prima Sri Gombak, Plaza KLTS Jalan Gombak, Bandar Seri Putra, Taman Medan Jaya, Kajang Mewah, Kota Warisan, Cheras, Syeksen 24 Shah Alam, Bangi Seksyen 7, Setia Alam, kota Warisan 2, Sungai Besi dan Danau Kota, Kuala Lumpur. 

Atau anda boleh layari website Elewsmart untuk maklumat lebih lanjut, https://elewsmart.com.my/


Kedai serbaneka Elewsmart kini mempunyai 21 cawangan.


Alhamdulillah, inilah peranan yang seharusnya dilakukan oleh para artis dan selebriti iaitu saling bantu-membantu. Gunakan populariti yang ada untuk mengajak ke arah kebaikan.

Semoga dengan perkongsian ini, ramai yang berbelanja di Elewsmart dan ia secara tidak langsung juga membantu Ustaz Ebit Lew menggiatkan lagi usaha membantu orang ramai. - KitaReporters

7
1
1
0
1
You will be interested