Seni & Sukan 25 Oct, 2020

Macam mana dia buat? Pemuda lolos curi MPV polis dalam IPD!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Tular dalam media sosial (Info Roadblock Seluruh Malaysia) kejadian mencuri kenderan MPV (Mobile Police Vehicles atau Kenderaan Peronda Polis) model Honda Civic 1.8S  milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh seorang lelaki yang tidak dikenali bersama teman wanitanya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Soalan utama yang menjadi pertanyaan ramai ialah macam mana dia boleh meloloskan diri dengan MPV berkenaan yang disimpan di balai polis??? : KitaReporters


Suspek berjaya diberkas oleh pasukan polis di Seksyen 9, Shah Alam,Selangor pada awal pagi 25 Oktober 2020. - Kredit foto: FB Mamat Qutac


Lagi cerita-cerita berkaitan polis:

https://kitareporters.com/search?search=polis


Peliknya, lelaki yang menyamar sebagai anggota polis itu dengan berani telah memasuki serta menceroboh kawasan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah)  Seberang Perai Utara (SPU) dengan menunggang sebuah motosikal.

Memetik satu sumber berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.40 malam (Sabtu, 24 Oktober 2020) di IPD tersebut dan suspek berjaya melarikan kenderaan berkenaan tanpa menimbulkan sebarang sikap curiga dalam kalangan anggota PDRM yang bertugas ketika itu.

“Suspek mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan MPV berkenaan sebelum bertindak melarikannya. 

“Pihak polis kemudian terpaksa melancarkan gerakan memburu suspek yang dipercayai telah melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air," jelas sumber. 


Lokasi kejadian di mana suspek telah berjaya ditangkap oleh anggota pasukan polis selepas kereta MPV milik PDRM didapati kehabisan petrol di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. - Kredit foto: FB Mamat Qutac


Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi pihak media telah mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Persoalannya bagaimana suspek mendapatkan kunci kereta MPV itu serta meyakinkan anggota polis yang berkawal di pintu keluar masuk IPD berkenaan?


Kedua-dua suspek lelaki berumur 30-an dan temannya berumur 20-an terlibat kes mencuri kenderaan MPV milik PDRM di Kepala Batas,Pulau Pinang. Kredit foto: FB Mamat Qutac


Namun, episod drama jenayah seperti adegan dalam “Gerak Khas” terbitan Skop Production tetap berakhir apabila suspek bersama teman wanita berjaya diberkas di Persiaran Kayangan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada jam 2 pagi Ahad, 25 Oktober 2020 berikutan kenderaan tersebut telah kehabisan petrol.

Suspek lelaki serta pasangannya telah diberkas oleh pihak polis dan dibawa ke IPD Shah Alam, Selangor untuk siasatan lanjut. Ketika penangkapan dibuat, suspek memakai baju-T bulat (warna kelabu) serta berseluar biru gelap (blue black) seperti seragam polis serta menyarung kasut polis.

Kedua-dua suspek dikatakan lelaki berumur 30-an bersama teman wanita dalam lingkungan 20-an.


Kenderaan peronda polis (Mobile Police Vehicle) model Honda Civic 1.8S - Kredit foto: Bernama.  


Honda Malaysia, sebelum ini telah menyerahkan sebanyak 425 unit kereta peronda model Honda Civic varian 1.8S kepada PDRM. 

Barisan Civic 2020 yang dilancarkan pada Februari 2020 itu, mengekalkan enjin yang berkapasiti 1.8 liter SOHC empat-silinder dengan output 141 PS dan tork 174 Nm serta dipadankan bersama transmisi CVT.

Sedekad lalu pada 6 Mei 2010, sebuah kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar iaitu model Perdana V6 berwarna hitam telah dicuri oleh seorang penjenayah berhampiran sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Seksyen 9, Shah Alam. Ketika itu pemandu dikatakan sedang bersarapan pagi.  - Kitareporters


Sumber:

https://www.malaysiakini.com/news/131136

https://www.facebook.com/groups/790308544340582/permalink/3499716843399725

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/634467/pasangan-dicekup-larikan-mpv-polis

0
3
0
0
0
You will be interested