Seni & Sukan 21 May, 2020

Pek gula donut disangka dadah! Abang runner kena tahan polis

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BERIKUTAN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, bidang perkhidmatan penghantar makanan antara yang paling laku seperti goreng pisang panas selepas orang ramai mengamalkan norma baharu untuk duduk di rumah jika tiada apa-apa keperluan penting untuk keluar. : KitaReporters


Malah di jalan raya, abang-abang runner memenuhi jalan, sekali gus memberi rezeki tambahan kepada golongan berkenaan. 

Namun, perkhidmatan tersebut yang didominasikan oleh lelaki muda dilihat tidak selamat lagi berikutan ada yang menyalahgunakan khidmat golongan tersebut.

Keadaan tersebut menyebabkan pasukan polis lebih berhati-hati dengan abang-abang runner itu.


Terbaharu tular dalam media sosial perkongsian seorang lelaki meraih perhatian ramai, sekali gus membuatkan pengikut geli hati dengan cerita yang disampaikan olehnya.

Dalam perkongsian tersebut @HassrayMohamad menyatakan rakannya yang merupakan seorang penghantar makanan ditahan oleh polis gara-gara gula donut.

Alamak! gula pun kena tahan apa cer ni??!!


Dalam pemeriksaan jalanan itu, pasukan polis menemukan bungkusan gula dalam paket kecil yang dibungkus asing menyebabkan polis menyangka bungkusan itu adalah dadah.

Berpeluh abang runner nak jawab dengan polis!!


Katanya lagi, rakannya itu pada awalnya terkejut dan panik, namun menarik nafas lega kerana ada seorang polis berbangsa India yang turut berada di tempat kejadian membuka dan merasa bungkusan itu.

Aduh keluar peluh jantan abang runner!

Terdahulu, pasukan polis yang membuat pemeriksaan tersebut meminta penghantar makanan itu mencuba, namun ditolak secara baik dengan alasan berpuasa.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dengan kisah tersebut.

Semoga kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan kesempatan yang diberikan dengan melakukan perbuatan yang ‘tidak baik’ dan melanggar undang-undang.

Hati-hati abang Runner! - KitaReporters

4
2
0
7
1
You will be interested