Seorang lagi ahli perniagaan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, tidak mahu ketinggalan menerbitkan lagu raya bagi bersaing dengan pesaing niaganya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Bagi muzik videonya, DSV turut membabitkan dua anaknya, Kacak dan Cik B.
‘Abang Terlajak Laris’ Aliff Syukri turut mengucap tahniah dengan kemunculan lagu baharu DSV. Bagaimanapun Aliff Syukri mendakwa suaranya lebih bagus sedangkan suara DSV dibantu oleh suntingan audio (auto tune).
Mungkin bagi Raya 2024, dua ahli perniagaan kosmetik sensasi ini boleh bergabung menghasilkan lagu raya secara berduet.
Kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri dan menghasilkan lagu duet raya dengan melodi dan liriknya menarik pasti membuat lagu itu ‘boom’ dan membantu perniagaan kosmetik masing-masing.
Dan tidak mustahil apabila kedua-duanya kemudian mendakwa mereka sebagai duo nombor satu negara.
Bagi DSV atau ‘Abang Terlajak Laris’ merakamkan lagu dan mengeluarkan belanja besar untuk video muziknya lebih kepada membantu mempromosikan perniagaan mereka.