Gaya Hidup 25 Aug, 2022

Video| Contoh tak baik! KP Kesihatan tegur Noh Salleh! Bawa rokok laku catwalk! Netizen kata biadab!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi Noh Salleh, 37, iaitu vokalis kumpulan Hujan mengejutkan hadirin apabila selamba memegang sebatang rokok ketika membuat kemunculan di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) pada Ahad 21 Ogos 2022 lalu.

Perbuatan kurang wajar itu turut menarik perhatian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, "Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja. Sebagai selebriti mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkah laku yang baik dan boleh menjadi teladan kepada masyarakat."


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Noh Hujan atau Noh Salleh

Dr Noor Hisham tegur perbuatan Noh Hujan bawa rokok melakukan catwalk


Dr Noor Hisham menyatakan demikian menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya.

Beliau memaklumkan, pihaknya memandang serius terhadap isu berkaitan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap rokok elektronik di khalayak ramai dan di pentas persembahan.

Tambahnya, dari sudut kesihatan, tabiat menghisap rokok atau vape sememangnya mendatangkan kemudaratan sama ada kepada perokok atau pun orang sekeliling mereka. 

Dr Noor Hisham turut menggesa golongan artis dan selebriti membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sebagai seorang selebriti, tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan.

Ia  juga selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia.



Sebelum ini, Noh menerima kecaman hebat netizen akibat tindakannya itu meskipun rokok berkenaan tidak dinyalakan.

Rata-rata menyifatkanperbuatannya itu sebagai biadab kerana umum mengetahui tabiat merokok membahayakan kesihatan apatah lagi dia dijadikan idola oleh peminat.

Dalam awal video yang tular dalam media sosial, Noh kelihatan seperti bertanya kepada penonton yang hadir meminta pemetik api untuk menyalakan rokok berkenaan.

Terdahulu, bekas suami Mizz Nina ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam satu acara pada bulan Julai 2022 lalu. - KitaReporters


7
11
0
19
0
You will be interested