Seni & Sukan 14 Sep, 2022

Malam gemilang bagi artis Universal Music Malaysia, Def Jam Recording! Mendominasi kemenangan AIM23!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SELEPAS lima tahun berehat, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang menyaksikan penganjuran edisi ke-23, berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam  (MBSA) melabuhkan tirainya pada 11 September 2022 lalu dengan jayanya membuktikan AIM tidak pernah hilang taringnya, malah kekal berprestij.

Dalam pada peminat muzik tanah air meraikan barisan pemenang menerusi lagu dan penyanyi kegemaran mereka yang dinobatkan sebagai terbaik, tidak dilupakan tulang belakang di sebalik kejayaan itu.

Pastinya, apa yang menjadi tumpuan pada AIM23 malam itu apabila syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia unggul dengan meraih 12 kategori daripada 21 kategori yang tercalon.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah INdustri Muzik


Kemenangan itu terdiri daripada Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Sinar Mata Hati (Ernie Zakri); Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan): Tunggu (V.E.); Album Terbaik: Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii); Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artist Luar Negara: Tak Ingin Usai (Keisya Levronka); Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Game of Charades (Sophia Zuhri); dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).

Selain itu, Lagu Pop Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel); Rakaman Album Terbaik: Belagu (Dayang Nurfaizah); Rakaman Lagu Terbaik: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah); Susunan Terbaik Dalam Lagu: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah); Lagu Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel); dan Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi: Adakah Ini Mimpi (Reedzwann).


Kumpulan VE.


Mengulas kemenangan yang diraih, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berpendapat kemenangan yang diraih  syarikat rakamnnya dan Def Jam Recordings Malaysia dianggap sesuatu yang luar biasa apatah lagi selepas industri hiburan tanah air ‘lumpuh’ ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun.

“Kita tahu sepanjang pandemik Covid-19 aktiviti seni tidak dapat dilaksanakan seperti sebelumnya. Namun, syarikat rakaman tidak boleh duduk diam saja. 

"Jadi, apa yang dibuat adalah memperkasakan lagi kandungan di platform digital. Justeru, sepanjang tempoh itu, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia tetap rancak menghasil dan menerbitkan lagu khusus buat peminat muzik tanah air,” jelas Kim Lim.


Kim Lim (dua dari kiri) bersama Kumpulan Dolla.
Tambahnya, biarpun masih berdepan cabaran, tapi ia bukan halangan untuk syarikat rakaman berhenti daripada terus berkarya dengan menghasilkan lagu dan album berkualiti. 

“Apatah lagi ini adalah asas yang menjadi keutamaan kami. Apa pun, kemenangan pada AIM23 bukti kerja keras semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam semua karya yang diangkat. Semoga ini menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia menghasilkan lebih banyak karya berkualiti dan terbaik,” katanya sambil memaklumkan bahawa syarikat rakaman turut memberikan kebebasan kepada penyanyi untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti mereka.

Kim Lim tetap berharap aktiviti mempromosikan lagu secara lapangan diteruskan dan ia adalah tradisi yang tidak boleh dilupakan.

“Walaupun sepanjang tempoh pandemik dan PKP itu kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam talian membabitkan semua platform digital, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia masih menjaga kualiti itu. 

"Dalam masa sama, aktiviti ‘on ground’ yang kebiasaan dibuat sebelum ini masih perlu dijalankan. Kita tetap nak ada ‘vibes’ itu,” jelasnya.


Keisya Levronka, pemenang kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artist Luar Negara turut menghiburkan penonton pada malam AIM23.


Sementara itu, Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia yang juga Ketua DefJam Recording Malaysia, Hermond Cheng turut berbangga atas pencapaian diraih oleh Def Jam Recordings Malaysia.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang menang pada AIM23 terutama dari Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia. 

"Cukup bangga juga apabila Def Jam Malaysia bawa pulang dua kategori iaitu Album Terbaik: Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii) dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow),” kata Hermond

Menurutnya, walaupun Def Jam Recordings Malaysia  boleh dianggap pemain baru dalam pasaran muzik tempatan, kemenangan diraih adalah bukti yang mana mereka sentiasa mahu memberikan hasil kerja dan karya yang berkualiti. 

“Dalam masa sama, saya percaya sokongan daripada semua pihak antara penyumbang kepada kejayaan ini,” tambahnya.


Hermond (kanan) meraikan kejayaan artisnya, Yonnyboii.


Selain itu, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada beberapa rakan kerjasama mereka antaranya Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd; DN & AD Entertainment Sdn. Bhd; Cloudworks Entertainment; Kasugi Timur Sdn. Bhd.; Wake The Baby dan RUSA Marketing Sdn. Bhd.

Untuk rekod, bagi penganjuran AIM ke-23, pihak penganjur menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.


Rosmin Hashim (kiri) ketika mengiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Sri Wirama kepada Tan Su Loke.


Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim memaklumkan seramai 113 juri terbabit dalam penilaian calon dengan setiap kategori diadili antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing. 

Juri terdiri daripada antaranya  Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, Omar K, Dj Fuzzm Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Marzuki, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu dan Noryn Aziz.


Barisan artis Universal Music Malaysia & Def Jam Malaysia yang hadir pada AIM23.


Senarai penuh keputusan AIM  ke-23:

Artis Baru Terbaik

Vanessa Reynauld

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)

Arddley Nicholas

Lagu: Pilu

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Ernie Zakri

Lagu: Sinar Mata Hati

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

Kumpulan V.E

Lagu: Tunggu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Shila Amzah and Liza Hanim

Lagu: Bahagiakan Dia

Video Muzik Terbaik

Pengarah: Chuan Looi

Video Muzik: Gatal

Artis: Janna Nick

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama

Bahagiakan Dia

Shila Amzah & Liza Hanim

Komposer & Penulis Lirik: 

Aliff Iskandar & Que Afiq

Lagu Rock Terbaik

Tugu Ugut

Sekumpulan Orang Gila

Komposer: Nazrin

Penulis Lirik: Ajim Juxta

Lagu Pop Terbaik

Goodbye Hello

Syamel and Ernie Zakri

Komposer & Penulis Lirik:

Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik

CIAO

Joe Flizzow

Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions

Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park

Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik

Fun, Lust, Love

Late Night Frequency

Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Game of Charades

Sophia Zuhri

Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Wu Ren Qian Shou De Xin Fu

Uriah

Komposer: Uriah, Jia Wang

Penulis Lirik: Hong Jian Rui

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Tak Ingin Usai

Keisya Levronka

Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau

Lagu Nasyid Terbaik

Thank You Allah

Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris

Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K

Penulis Lirik:

Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris

Lagu Pop Etnik Terbaik

Adat Kasih

Ziha Salleh

Komposer: Aubrey Suwito

Penulis Lirik: Tinta

Album Terbaik

Penerbit: Wolfy

Album: Yonny (Deluxe Version)

Artis: Yonnyboii

Lagu Terbaik

Goodbye Hello

Syamel and Ernie Zakri

Komposer & Penulis Lirik: 

Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan


Vanessa Reynauld - Artis Baru Terbaik AIM23.


PRA-ANUGERAH:

Kulit Single atau Album Terbaik 

Pereka: Patrick Leong Kok Soong

Alum: Adat Kasih

Artis: Ziha Salleh

Rakaman Album Terbaik

Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito

Album: Belagu

Artis: Dayang Nurfaizah

Rakaman Lagu Terbaik

Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito

Lagu: Tudung Periuk

Artis: Dayang Nurfaizah

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 

Arranger: Aubrey Suwito

Lagu: Tudung Periuk

Artis: Dayang Nurfaizah

Lagu Paling Tinggi Di Strim

Lotus

Artis: ForceParkBois

Label: FORCEPARKBOIS

Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi 

Ditonton di YouTube

Malam Semakin Dingin

Artis: Tajul & Afieq Shazwan

Label: FMC Music

Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi 

Adakah Ini Mimpi

Artis: Reedzwann

Label: Rusa Marketing/Universal Music


Tahniah kepada semua! - KitaReporters

Ernie dan Syamel penerima Anugerah Lagu Pop Terbaik.

9
10
0
10
0
You will be interested