Seni & Sukan 29 Sep, 2022

Video| Inilah keunikan Keluarga Malaysia! Majlis perkahwinan pengantin Cina! Bertema budaya Melayu!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this



PERKONGSIAN seorang gadis menghadiri majlis perkahwinan pasangan pengantin berbangsa Cina mengikut tema budaya adat Melayu telah menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @nasuha.aynaa, kelihatan majlis perkahwinan itu sangat meriah dengan pelbagai makanan enak disajikan serta pengantin disambut dengan tarian zapin serta penari kuda kepang.

Inilah keunikan dan aspirasi Keluarga Malaysia!!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan


Menghadiri majlis perkahwinan pengantin Cina  mengikut budaya Melayu di Mersing, Johor,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media berasa amat teruja melihat kemeriahan majlis perkahwinan yang mempunyai banyak hidangan makanan serta memuji semangat perpaduan yang dibawa dalam majlis perkahwinan itu.



“Ini bukan kenduri, ini bazar Ramadan,” kata @Addy.

“Terbaik la, kali pertama tengok majlis perkahwinan seperti ini 1 Malaysia kan, sama-sama boleh merasa tiada halangan,” jelas @zyra.

“Kali pertama tengok majlis perkahwinan seperti ini tetapi pengantin Cina,” ujar @sue. - KitaReporters


15
15
0
14
0
You will be interested