Seni & Sukan 30 Oct, 2022

Video| Abang reporters, tolong saya! Budak lelaki peluk erat wartawan ketika live! Dikejar monyet!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


GELAGAT seorang budak lelaki memeluk erat seorang wartawan ketika sedang bersiaran langsung ketika menyampaikan liputan berita hanya kerana takutkan seekor monyet telah meraih perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @fareezazmann, kelihatan wartawan terbabit sedang membuat liputan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun dikejutkan dengan kehadiran seorang budak lelaki yang memeluknya erat untuk meminta bantuan melindunginya daripada dikejar seekor monyet.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan monyet-monyet


"Tengah live sekali adik seorang ini lari dan peluk kaki saya kerana seekor monyet,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial amat terhibur melihat situasi itu dan ada yang memuji sikap profesional wartawan terbabit ketika berdepan dengan keadaan sebegitu ketika bersiaran di udara.



“Abang ini tenang betul, kalau saya berada di tempat itu saya sudah cabut lari dengan adik itu,” tulis @zan1207.

“Bang macam mana boleh tahan gelak dari awal adik itu lari. Saya yang tidak lihat adik itu lari tetapi apabila dengar suara adik itu meraung pun saya sudah ketawa,” ujar @AlHakiemFauzi.

“Bagus abang ini, betul-betul bersikap profesional dalam kerja,” jelas @petai. -  KitaReporters


8
15
0
12
0
You will be interested