Gaya Hidup 30 Jul, 2022

Keluarga Malaysia tebar roti canai Mat Kilau? Majlis amal dengan pemeriksaan kesihatan! Jom serbu!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


PERSATUAN Amal Bakti N9 buat kali pertama melangkau sempadan apabila akan hadir bersama beberapa pasukan sukarelawan dalam melaksanakan program komuniti pada Majlis Tebaran Roti Canai Mat Kilau anjuran Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Selangor pada 6 Ogos 2022 ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan enam tahun lalu itu memang cukup popular di Negeri Sembilan kerana aktif dalam pelbagai kerja amal serta kebajikan bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan roti canai

Kalsom Abu Bakar (depan tengah) bersama ahli Persatuan Amal Bakti N9 ketika mengadakan program komuniti di Sekolah Kebangsaan Inas, Johol, Negeri Sembilan baru-baru ini.


Pengerusinya, Kalsom Abu Bakar, persatuan terpanggil apabila mendapat maklumat mengenai majlis berkenaan yang diadakan bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada warga emas tersisih tanpa waris di pusat jagaan itu.

Menurutnya, seperti dimaklumkan oleh pengurusan PJMM, majlis itu juga salah satu usaha mencari dana bagi membantu operasi pusat berkenaan kerana warga emas ditempatkan di situ tidak dikenakan sebarang bayaran dan bergantung infak dan sumbangan pelbagai pihak termasuk daripada orang ramai.

Jelasnya, pada hari berkenaan persatuan itu akan hadir bersama pasukan dari hospital, pusat kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, pap smear, gigi, derma darah dan sebagainya.


Pengerusi Persatuan Amal Bakti N9, Kalsom Abu Bakar (kiri) menyerahkan sumbangan kipas pengudaraan haba kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman (kanan) pada 27 Julai 2022.


“Dalam program komuniti membabit persatuan ini, pasukan kesihatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan sering terbabit sama di samping pusat kesihatan di kawasan terbabit bagi memudahkan komuniti setempat membuat pemeriksaan kesihatan.

“Persatuan berasa teruja apabila dapat membabitkan ahli dalam majlis di PJMM yang terletak luar dari Negeri Sembilan selain memberi pengalaman baharu untuk aktif di negeri lain dalam memperluaskan kerja kebajikan membantu komuniti yang memerlukan pembelaan,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat majlis berkenaan di PJMM pada 27 Julai 2022.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman; Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, Mohiadin Bahado; Pengurus PJMM, Sazali Mohiden; Setiausaha PJMM, Muhammad Syafiq Mohiadin; wakil Pusat Jagaan Insan; Persatuan Persilatan Putraja; Persatuan Kraf Tangan; dan sukarelawan pelbagai pertubuhan.


Kalsom Abu Bakar


Pada mesyuarat itu Kalsom menyerahkan sumbangan tiga kipas pengudaraan haba dan beberapa barangan keperluan kepada pengurusan PJMM sebagai membantu melengkapkan kemudahan asas bangunan pusat jagaan berkenaan.

Beliau berharap pada majlis tebaran roti canai itu nanti orang ramai akan hadir bagi memeriahkannya terutama apabila berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan dan menderma darah bagi membantu pesakit di hospital.

Manakala Muhammad Syafiq pula berkata, bersempena kehebatan filem Mat Kilau yang sedang ditayangkan di pawagam, pusat jagaan mengambil peluang menggunakan nama Mat Kilau untuk majlis itu bagi menyuntik semangat warga emas yang teruja emosi apabila melihat promosi melalui televisyen.


Azman Rasman (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Tebaran Roti Canai Mat Kilau anjuran PJMM.


Menurutnya, walaupun uzur dan menghidap pelbagai penyakit tetapi reaksi warga emas itu yang turut ghairah bercerita antara mereka mengenai filem Mat Kilau menimbulkan anggapan mungkin ada dalam kalangan mereka memiliki kemahiran dalam ilmu persilatan ketika muda dahulu.

“Majlis ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk hadir beramai-ramai bagi melihat secara dekat kehidupan warga emas di PJMM yang tidak berkeluarga, menyantuni mereka dengan bertanya khabar dan sebagainya bagi mengubati kesunyian mereka.

“Majlis akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 3.30 petang dan orang ramai akan dijemu dengan pelbagai juadah khusus roti canai serta mengunjungi gerai kraf tangan, kesihatan, cenderamata serta penyaksikan persembahan seni silat Gayung Fatani dan Bugis Cimande Dam Dam,” katanya. 

Sementara itu dalam majlis berasingan, NGO Qasehsahabat menyumbangkan empat katil perubatan dan 10 pack pampers pakai buang kepada PJMM untuk kegunaan warga emas di pusat berkenaan pada 26 Julai 2022. - KitaReporters


NGO Qasehsahabat menyerahkan sumbangan katil perubatan dan pampers pakai buang kepada Azman (kanan).

34
17
0
7
0
You will be interested

Pesta Berakit raikan 3 hari penting! Hari Malaysia, Hari Sungai Sedunia, Hari Pelancongan Sedunia!

Sebanyak 44 pasukan berakit ambil bahagian dalam acara Pesta Berakit Kuala Krai 2022 yang berlangsung selama 2 hari pada 16-17 Sept 2022 di Dabong, Kuala Krai

Video| Semoga istiqamah! Aprena Manrose berniqab? Ikuti majlis ilmu! Peminat beri respons positif!

Aprena Manrose atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, nafikan sudah berniqab tetapi mohon orang ramai untuk doakan dia berubah dan istiqamah ke arah itu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Ada Getaran Cinta Di Jiwa Shila Amzah? Sharnaaz tonton live GV9! Bahan usikan Elly Mazlein!

Kehadiran Sharnaaz Ahmad antara beberapa selebriti yang hadir sebagai penonton pada minggu kedua pertandingan GV9 tarik perhatian ramai dan jadi bahan usikan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Allah lindungi anak aku! Rider tulis emergency contact pada beg! Bapa tersentuh, jadi sebak!

Seorang bapa berasa sebak lihat satu tulisan pada beg makanan GrabFood anaknya yang bekerja sebagai rider atau penghantar makanan turut jentik emosi orang ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Jangan jadi pak lahap sangat mak ayah! Buruk betul perangai! Ingat orang belakang jugak!

Tular video sejumlah pengunjung di sebuah ekspo jualan barangan bayi yang beli barangan dengan sangat banyak sehingga tidak beri peluang orang lain untuk beli
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago