Seni & Sukan 29 Dec, 2022

Video| Shah Rukh diugut dibakar, dibunuh! Filem Pathaan cetus kemarahan ramai penganut Hindu di India!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Filem ‘Pathaan’ lakonan Shah Rukh Khan (SRK) mencetuskan kemarahan ramai rakyat di India apabila dikatakan merendah-rendahkan agama Hindu.

Dan SRK, 57, menerima ugutan akan dibakar hidup-hidup kerana menjayakan filem ‘Pathaan’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon terkenal Shah Rukh Khan

Tunjuk kemarahan, poster SRK turut dibakar. - Kredit foto: IndiaTimes.com


Menurut sejumlah media di India, seorang peramal dikenali sebagai Paramhans Acharya Maharaj memberitahu kepada umum bahawa dia akan membakar Shah Rukh sekiranya bertemu secara langsung.

"Orang-orang Sanatan Dharma akan terus memprotes dan kami juga telah membakar poster Shah Rukh Khan. Jika saya bertemu dengan dia saya akan bakar dia hidup-hidup.

"Saya akan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang membunuh pelakon itu," katanya kepada media India Today. 

Paramhans mengupah sejumlah pengikutnya mencari SRK di Madras untuk membunuhnya. 


Paramhans Acharya Maharaj ugut hendak bunuh SRK. - Kredit foto: ANI



Selain SRK, Paramhans turut mengugut akan membunuh dua lagi bintang Bollywood beragama Islam iaitu Aamir Khan dan Salman Khan.

Berdasarkan maklumat, filem itu mendapat bantahan ramai gara-gara lagu berjodol ‘Besharam Rang’ dalam filem itu yang menampilkan pelakon Deepika Padukone memakai bikini berwarna kuning kunyit

Warna kunyit sensitif bagi masyarakat beragama Hindu di India. 



Bikini Deepika Padukone menimbulkan kemarahan sejumlah  masyarakat India dan SRK pula diugut bunuh gara-gara filem 'Pathaan'. - Kredit foto: TimesofIndia


Lagu ‘Besharam Rang’ mula dilancar pada 12 Disember 2022  dan mula mendapat bantahan penganut Hindu apabila pelakon Deepika Padukone turut memakai bikini berwarna kuning kunyit) sebagai salah satu bikininya bersama sekumpulan penari lain menari bersama SRK. 

SRK yang berlakon sebagai perisik tidak gentar dengan ugutan bunuh itu dan terus mempromosi filem itu yang bakal ditayangkan mulai 25 Januari 2022 serentak dalam tiga bahasa iaitu Hindi, Tamil dan Telugu.

Bagi SRK, kontroversi itu akan membantu menjadikan  ‘Pathaan’  sebagai filem  pecah panggung (boxoffice) pada tahun 2023. - KitaReporters


14
16
0
10
0
You will be interested