Seni & Sukan 18 Dec, 2022

Sempena ulang tahun ke-30! MODA anjur pameran fesyen! Himpunkan 30 pereka tempatan dan luar negara!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


BAGI yang meminati fesyen dan pentingkan gaya dan penampilan ini adalah masa sesuai untuk hadir dan menyaksikan pameran fesyen anjuran Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) yang berlangsung meriah di Balai Seni Negara.

Penganjuran pameran berkenaan berlangsung bersempena ulang tahun MODA ke-30 dengan menyediakan pelbagai program menarik sehingga 30 Disember 2022.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan dunia fesyen 



Menariknya pameran berkenaan berjaya menghimpunkan 30 pereka fesyen tempatan dan luar negara yang terkenal. 

Antara nama-nama besar yang terlibat dalam pameran berkenaan adalah 3duelabel, Shikah Grover, Ashley Wong, Victor Khoo selain puluhan pereka fesyen lain.

Kesemua mereka seiring dan bekerjasama untuk menghimpun hasil kerja seni mereka yang selama ini  berjaya melonjakkan industri fesyen Malaysia, serta mengambil peranan utama dalam memperkasa Industri fesyen tempatan antabangsa.



Presiden MODA, Melinda Looi berkata, pameran fesyen tersebut turut mendapat sokongan daripada peminat dari dalam dan luar negara turut menyediakan pelbagai program menarik. 

Bukan sekadar untuk kaum wanita semata-mata tetapi pameran ini juga bersesuaian untuk seisi keluarga kerana menyediakan pelbagai pertandingan ternasuk kepada si cilik. 



Antara program yang disediakan termasuk  pertandingan “MODA-MIYO" bagi kategori kanak-kanak yang akan memberi peluang kepada si cilik mengasah bakat kreatif mereka.

Turut dianjurkan adalah beberapa bengkel reka seni, 'Trunk Show', forum fesyen dan sesi perkongsian dikendalikan oleh ahli-ahli MODA. 



“Pertandingan ini juga terbuka kepada kumpulan seorang dan seorang kanak-kanak malah dua kategori disediakan untuk mencungkil bakat mereka, iaitu kategori junior untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 7 tahun dan kategori primary dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun,” jelasnya.

Lebih mengujakan pertandingan berkenaan membolehkan peserta yang membawa pulang hadiah istimewa bernilai RM2,000.



Pada masa sama, MODA juga melancarkan 'Coffee Table Book" bertajuk 'Malaysian Fashion: A journey in Colour' yang membawa coretan serta lipatan sejarah perjalanan persatuan itu sejak penubuhan 30 tahun lalu.

Buku ekslusif berkenaan menghimpunkan profil dan karya seni eksklusif oleh 38 pereka fesyen terkenal tanah air yang bernaung sebagai ahli MODA.

Selain Melinda antara pereka terkenal melakar profil dalam buku terbabit termasuk Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Bernard Chandran, Datuk Jimmy Choo.




"Penerbitan buku ini memaparkan usaha tegar MODA yang selama ini menyokong peningkatan peningkatan dan perkasaan industri fesyen negara.

"Malah, melalui penghasilan buku ini, segala hasil kerja pereka fesyen dan couturier tempatan bertaraf antarabangsa, pereka barang kemas yang berbakat, serta pakar seni yang berbagai dapat digabungkan dalam sebuah penerbitan ekslusif buat julung kalinya. 

Terbaiklah MODA ! semoga penganjuran pameran ini mampu membuka landasan baharu kepada pereka tempatan dan mampu terbang ke peringkat antarabangsa sekali gus melonjak nama negara. - KitaReporters


 

18
11
0
10
0
You will be interested