PARA peserta peringkat suku akhir pada minggu ke-9 Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) pada Ahad, 13 November 2022 memperlihat semangat juang yang tinggi.
Kesemua peserta cuba menonjolkan kehebatan masing-masing dan cuba mengatasi sesama sendiri. Ada peserta yang jatuh markah agak jauh dan ada yang tersingkir secara bermaruah.
Para juri sependapat terdapat peningkatan pesembahan peserta berbanding persembahan pada minggu-minggu sebelumnya.
Namun di sebalik ramai peserta yang melakukan peningkatan persembahan daripada minggu-minggu sebelumnya, masih terdapat peserta yang melakukan sedikit kesilapan menyebabkan markah terjejas dan terkeluar.
/
Peserta pertama dan kedua memberi persembahan iaitu Jaclyn Victor dan Hazrul Nizam memberi persembahan vokal dan gaya yang mengkagumkan.
Jac menyampaikan lagu ‘Lagu Untukmu’, sementara penyanyi dari Singapura, Hazrul Nizam menyampaikan lagu tema salah sebuah filem James Bond, ‘Writing's On The Wall’ nyanyian asal Sam Smith dengan baik menyebabkan ramai yang menyangka Jac bakal terus menjadi juara dan Hazrul di tangga kedua.
Namun kehebatan persembahan pada awal pertandingan itu ditenggelamkan oleh kehebatan vokal dan gaya Sheila Amzah yang muncul sebagai peserta terakhir memberi persembahan.
Ia merupakan kali kedua Sheila menjadi juara iaitu selepas minggu ke-3 ketika menyampaikan lagu dangdut 'Secangkir Madu Merah'..
Sheila muncul cukup bertenaga ketika menyampaikan lagu ‘Survivor’ nyanyian asal Destiny's Child yang membolehkan Sheila menjuarai minggu ke-9 dengan memungut 85.3 markah, diikuti dan Hazrul dengan 81 markah dan Jaclyn Victor dengan 80.5 markah.
Ia merupakan kali pertama Shila menyampai lagu berbahasa Inggeris dalam GV9.
Kejutan berlaku terhadap Tomok yang pernah menjadi juara mingguan sebanyak dua kali.
Dalam minggu ke-9, Tomok berada dalam senarai tiga peserta terbawah dengan cuma mendapat 67.2 markah.
Kumpulan VE yang menonjol pada minggu ke-8 dengan menduduki tangga kedua di belakang, gagal mengulangi prestasi apabila hampir tersingkir pada minggu ke-9 ketika menyampaikan lagu ‘I Swear’ nyanyian asal All-4-One.
Seperti diramal Asheed Def Gab C akhirnya terpaksa mengucap ‘selamat tinggal’ kerana hanya memperoleh 58.6 markah. Asheed selama ini dianggap bernasib baik kerana selama ini sering berada di tiga tempat terakhir.
Ketiga-tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sependapat Asheed menyanyi dengan baik lagu ’Lena Diulit Intan‘ yang dipopular kumpulan Wings, tetapi dia kalah dengan peserta-peserta lain yang lebih baik.
Dalam program ‘Vazz Vaganza’ Asheed menyatakan telah menjangka akan tersingkir, namun tetap berpuas hati mampu sampai ke peringkat suku akhir dan tewas secara bermaruah.
Walaupun tewas namun hati Asheed sedikit terubat apabila menerima Anugerah Juara Next Level dan membawa pulang RM1,000.
Selepas ini Asheed berharap akan kembali mendapat peluang menyanyi kerana sebelum ini sudah tiada publisiti dan telah bertahun-tahun tidak berpeluang menyanyi di TV.
Ashheed tetap mampu membawa pulang RM1,000
Jacklyn Victor dipasangkan dengan Shila Amzah bagi menyampaikan lagu ‘Sampai Bila’ yang dipopular oleh Misha Omar.
Bob Yusof dipasang dengan Tomok dan perlu menyampaikan lagu ‘Seniman Menangis’ yang dipopular oleh Allahyarham Ismail Haron.
Dina Nadzir dan Fuad Rahman akan menyampai lagu ‘Boneka’ yang dipopular oleh Ernie Zakri.
Sementara Hazrul Nizam dipasangkan dengan kumpulan VE dan akan menyampaikan lagu ‘Kau Pun Sama’ yang dipopular oleh Syamel.
Jika mengikut kebiasaan, hanya enam peserta layak ke peringkat akhir. Siapakah dua peserta yang gagal ke peringkat akhir. - KitaReporters
Berikut ialah kedudukan peserta dalam minggu ke-9 (suku akhir) GV9:
01 Shila Amzah (85.3 markah)
02 Hasrul Nizam (81)
03 Jaclyn Victor (80.5)
04 Bob Yusof (79.7)
05 Dina Nadzir (77.8)
06 Fuad Rahman (77.2)
07 Tomok (67.3)
08 Kumpulan VE (64.2)