Seni & Sukan 01 Dec, 2022

Untunglah! Zul Ariffin didampingi 13 jelitawan! Siapa bakal curi hatinya? Saksikanlah Pencuri Hati!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Pelakon Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, bakal berhadapan 13 wanita bertuah untuk mencari siapakah yang akan mencuri hatinya, sekali gus berpeluang mengenali dirinya secara lebih mendalam.

Barisan wanita itu akan ditampilkan melalui program realiti bujang selebriti, Pencuri Hati yang buat pertama kalinya dipentaskan oleh aplikasi penstrimen hiburan tempatan, sooka bermula 9 Disember 2022 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Zul Ariffin


Siri sooka Originals pertama berformat program realiti berkenaan menampilkan 13 peserta wanita bertuah yang telah terpilih melalui proses pencarian pada bulan Ogos 2022 lalu. 

Sebanyak 10 episod mingguan bakal menemui peminat di aplikasi sooka, mengetengahkan 13 peserta wanita yang bersaing untuk menjadi pemenang utama yang bakal diberikan peluang untuk mengenali Zul Ariffin secara lebih mendalam. 

“Personaliti Zul yang menarik dan santai serta sangat perahsia merupakan antara faktor utama pemilihan pelakon tersebut untuk diketengahkan sebagai selebriti tumpuan di dalam Pencuri Hati,” ujar Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di sooka (gambar bawah).



Menurut Emarina, sooka sentiasa cakna dengan arus trend generasi milenial terkini. Sehubungan itu, sooka mengambil intitiatif bekerjasama dengan Astro Productions untuk menghasilkan Pencuri Hati, Program Realiti Selebriti Bachelor yang mengetengahkan keserasian personaliti para peserta program bersama selebriti terpilih, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan.

‘’Semenjak dilancarkan pada 2021, sooka telah memperoleh 2.4 juta muat turun aplikasi, dan kami telah melancarkan beberapa siri sooka Originals, antaranya drama Kau vs Aku yang berjaya meraih lebih 200 juta tontontan di laman media sosial Tik Tok. Kali ini, kami amat gembira untuk menjadi aplikasi hiburan tempatan yang pertama dalam memperkenalkan sebuah Program Realiti Selebriti Bachelor di Malaysia,” tambah Emarina.

Pengenalan 'Pencuri Hati' juga adalah atas maklum balas positif daripada siri Originals sooka  yang lain lantas mendorong mereja untuk lebih berani mencuba pelbagai format baru. 

“Ini juga berdasarkan fenomena rancangan realiti mencari cinta yang merupakan satu trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini,’’ sambung Emarina.



Berkongsi lanjut, Emarina memberitahu, Pencuri Hati  akan memperkenalkan 2 Resident Advisor, pengacara dan pelakon terkenal, Sherry Alhadad; dan doktor dan influencer terkenal di media sosial, Shazril Shaharuddin, atau Dr. Say – yang memainkan peranan sebagai pengantara di antara para peserta dan Zul Ariffin.  

Nak tahu siapa kah di antara 13 wanita jelita yang menjadi pilihan dan berjaya mencuri hati pelakon berbadan sasa yang masih bujang ini nantikan rancangannya bermula 9 Disember ini melalui aplimakasi sooka.

Tentu bertuah gadis yang menjadi pilihan  pelakon filem ‘Juang’ ini,mana tahu kut terus ke jinjang pelamin kan? 

Kita nantikan apa kesudahannya perjuangan mereka untuk mencuri hati Hero Malaya ini? - KitaReporters


Yang mana satu 'pencuri hati' Zul Ariffin?

9
15
0
12
0
You will be interested