Hari Seniman Negara diperkenal oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sejak persatuan itu diterajui Allahyarham Datuk Mustapha Maarof pada awal tahun 2000-an.
Pendek kata Hari Seniman Negara diwujudkan untuk menghargai golongan pelakon dan mereka yang bekerja di belakang tabir bidang lakonan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mereka yang dipanggil seniman
Sesuai dengan penganjuran Hari Seniman Negara yang kini telah diambil alih oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), maka Hari Seniman Kebangsaan (HSK) 2023 perlu dijenama dan distruktur semula.
Konsep ‘seniman’ itu sebenarnya luas.
Seniman bukan hanya pelakon kerana penglibat dalam bidang muzik juga dianggap seniman. Pengarah dan penulis juga dalam kategori seniman. Begitu juga penglibat dalam bidang sastera juga dipanggil seniman.
Malah pelukis dan pelukis kartun juga golongan seniman. Begitu juga mereka yang terlibat dalam bidang kraf tangan juga layak dipanggil seniman. Malah lebih banyak seniman yang tidak didendang berbanding seniman yang sudah ada nama.
Lalu acara yang diadakan sempena Bulan Seniman Malaysia perlu mencakupi pelbagai bidang seni.
Dengan Hari Seniman Negara ditukar menjadi Bulan Seniman Negara, pengisian acara sambutan tidak hanya berlangsung sehari dan tertumpu di kompleks FINAS sahaja.
Ia boleh diada di pelbagai tempat oleh badan-badan seni yang berlainan. Ini akan membuat semua insan seni dalam pelbagai kategori merasa diri masing-masing dihargai.
Bulan Seniman Negara perlu mempunyai lagu tema yang mencakupi pelbagai bidang seniman.
ta tidak mahu masyarakat mengenang golongan seniman dengan lagu ‘Seniman Menangis’ yang bertema sedih, sebaliknya mahu lagu untuk seniman yang berirama dan lirik yang ‘bersemangat’. - KitaReporters