Seni & Sukan 09 Oct, 2022

Liga Super 2022: Sabah FC kukuhkan lagi peluang ke Piala AFC 2023! Mudah tundukkan Penang FC, 4-1!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SABAH Football Club (FC) berjaya mencatat kemenangan besar 4-1 menewaskan Penang FC dalam perlawanan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Likas pada malam 7 Oktober 2022. 

Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat Sabah apabila menguasai sebahagian besar perlawanan.  

Anak buah Datuk Zainal Abidin Hassan cuba menyerap tekanan lawan namun anak didiknya gagal membendung daripada Sabah terus membolosi gawang pasukannya.   


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super


Sabah peroleh jaringan pertama hasil ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar selepas menerima hantaran lintang daripada rakan sepasukan pada minit ke-33.

Pasukan Pulau Pinang terpaksa bermain 10 pemain apabila pemain pertahanan mereka, Rafael Vitor Santos menerima kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas pemain Sabah. 

Penang turut mempunyai beberapa peluang terbaik namun gagal untuk menjaringkan gol. 

Biarpun bermain 10 pemain, Penang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Adib Abdul Ro’op pada minit ke-70.

Sabah tidak menunggu lama untuk mendahului kembali perlawanan kali ini menerusi Park Tae-su pada minit ke-72.

Saddil Ramdani dan Stuart John Wilkin turut mencetak jaringan untuk memastikan skuad kendalian Kim Swee memenangi perlawanan ini. 

Kemenangan ini akan mengukuhkan lagi peluang Sabah FC ke Piala AFC tahun hadapan (2023). - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB MFL 

9
15
0
14
0
You will be interested