Gaya Hidup 04 Oct, 2022

Video| Kan dah kena! Kedah larang semua konsert hiburan! Bimbang cetus kelakuan di luar tatasusila!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke jamliah.bismi18@gmail.com

Share this


INSIDEN penonton terkinja-kinja dan terlompat-lompat ketika menyaksikan satu konsert di Balai Seni Negeri Kedah di Alor Setar berdekatan dengan Masjid Zahir itu pada malam hari Sabtu, 1 Oktober 2022 lalu, akhirnya mengundang padah.

Kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengelak insiden yang disifatkan keterlaluan itu dengan melarang sebarang jenis konsert hiburan yang mencetus kelakuan di luar tatasusila di seluruh Kedah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penganjuran konsert-konsert

MUHAMMAD SANUSI MD NOR 


“Kejadian muda mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.

“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, mencari harta karun, pertandingan memancing, dan pertandingan-pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan,” demikian kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada Isnin, 3 Oktober 2022.

Katanya, semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan dimaklumkan tentang peraturan baharu itu.

Arahan ini berkuat kuasa dengan serta merta,” katanya.



Heboh dalam media sosial pada Ahad, 2 Oktober 2022, penularan rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan oleh ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan aksi terlompat-lompat dan terkinja-kinja di Balai Seni Negeri itu.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh daripada Masjid Zahir.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) seterusnya membuat kenyataan menegaskan bahawa tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert itu.

“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.

“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah memang tak ada kebenaran,” katanya Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad.


 

Tiada lagi aksi terkinja-kinja anak muda menonton konsert.


Insiden berkenaan juga kini disiasat oleh kerajaan negeri secara mendalam yang akan memanggil penganjur program berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuas Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, pejabatnya akan menghantar surat rasmi kepada pihak terlibat untuk mendapat penjelasan berhubung dengan insiden itu yang dianggap mencemar nama baik kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan dalaman memandangkan program itu diadakan dengan kerjasama pihak Balai Seni Negeri Kedah di bawah kendalian Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Beliau menambah, ekoran insiden itu kerajaan negeri juga membuat keputusan untuk mengetatkan semua pemohonan program atau acara di negeri ini.

Pihak polis Kedah pada masa yang sama memaklumkan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

"Kita akan memanggil penganjur terlibat untuk disoal siasat," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad pada Isnin, 3 Oktober 2022. - KitaReporters

13
6
0
16
0
You will be interested