Seni & Sukan 18 Jun, 2023

Video| Anda kaki menari? Jom rentakkan gerak tari anda? Boleh bawa pulang RM100K! Uji bakat dibuka!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Anda meminati tarian street dance? Mahu menari sambil berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM100.000?

Wow! Lumayan tu… hanya dengan menari sahaja anda mampu pegang ribuan ringgit. 

Jadi jika itu impian yang terpendam selama ini, bersedialah untuk bersinar bagaikan emas dengan menyertai pertandingan street dance sensasi, ‘Battleground Malaysia: Road to Gold’.



Siri realiti sebanyak enam episod terbitan Astro yang merupakan satu inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan ini sudah memulakan uji bakat dalam talian sejak semalam, 17 Jun hingga 2 Julai 2023 untuk mereka di antara  usia 9 hingga 30 tahun. 

Peserta hanya perlu menjalani uji bakat dengan post rutin tarian masing-masing sama ada solo atau berkumpulan (sehingga 10 penari) menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition.

Penari yang disenarai pendek akan mara ke pusingan kedua menerusi uji bakat on-ground di pusat beli-belah AEON Shah Alam pada 8 dan 9 Julai 2023 di mana 60 penari akan dipilih untuk bertanding dalam Battleground Malaysia: Road to Gold

Bermula daripada peringkat ini, empat kapten tersohor akan mencari krew penari mereka masing-masing dengan menguji kebolehan individu menerusi pelbagai cabaran tarian. 

Hanya penari yang terhandal bakal mara ke peringkat pertandingan seterusnya. 


Kiri: Danny Lee; Mohammad Farid (kanan, atas) dan Lego Sam (bawah).


Empat kapten tersohor berkenaan terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali dalam breakingn Lego Sam; wakil B-Boy Sukan SEA Mohammad Faridh “Khenobu” Mohd YasinDanny Lee dari kumpulan muzik dan tari 3P (Three Production); serta penari dari kumpulan yang memenangi Astro Battleground 2010 dan 2011, Savoon (@savooneleven, gambar paling atas).

Peringkat akhir akan menyaksikan tiga krew penari bertanding untuk merangkul kejuaraan dan akan membuat persembahan di hadapan panel hakim antarabangsa. 



Juara akan menerima wang tunai RM100,000 manakala  tempat kedua akan membawa pulang RM30,000. 

Selain itu, penari-penari dalam kumpulan kedudukan pertama akan bertanding antara satu sama lain di mana penari terbaik pertandingan akan menerima RM25,000

Jadi, jika anda benar-benar berminat apa lagi… pesonakan pihak juri dengan gerak-gerak anda, hantarkan video uji bakat anda mulai sekarang hingga 2 Julai 2023. - KitaReporters


16
9
0
13
0
You will be interested