Rashidi Ishak dan Wan Hazliza Wan Zainuddin gembira selepas diakad nikah
Pelakon Rashidi Ishak, 50, yang berlakon dalam drama bersiri ‘Kampung People’ tahun 2022 membibitkan hubungan cinta dengan pengarahnya, Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, pasangan tersebut mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk di atas pelamin.
"Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens pada majlis kahwin ayahnya," tulis Maryam.
Seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi beberapa foto dan video dalam Facebooknya.
Menerusi hantaran tersebut, Saiful mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.
Sebelum ini, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan bercerai pada 9 Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Aimran dan Maryam Rashika.
Vanidah, 49, yang kini menjadi pensyarah di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) sudah berkahwin kali kedua dengan jurutera Arifabillah Idris, 43, pada 7 September 2022.
Drama bersiri 'Kampung People' yang bersiaran di TV3 pada November 2019 hingga Januari 2022 dicipta dan diarah oleh Wan Hasliza di bawah KL Motion Pictures. Dan musim ketiganya pula ditayangkan pada akhir 2022.
Selain Rashidi, drama itu turut dibintangi Elly Mazlein, Riena Diana dan beberapa pelakon lain.
Selain 'Kampung People', Wan Hasliza juga pernah mengarah beberapa drama bersiri. Antaranya 'Keluarga Iskandar', 'Love' dan 'Supermoon'. - KitaReporters