Seni & Sukan 22 Jan, 2023

Terbuka India 2023: Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang muncul juara! Tumpas kepada beregu China!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk muncul juara selepas tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang di pentas akhir Terbuka India 2023 pada 22 Januari 2023. 

Dalam perlawanan yang penuh mendebarkan itu, pemenang terpaksa ditentukan dalam pertarungan tiga set dan beregu negara terpaksa akur kekalahan 21-14, 19-21, 18-21. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton


Aaron dan Wooi Yik bermula baik pada set pertama apabila menang mudah ke atas lawan mereka ditambah pula permainan pantas mereka membuatkan pasangan China ini  banyak kali terperangkap. 

Namun pada set kedua, Wei Keng-Wang Chang kembali bangkit untuk menafikan kemenangan mudah dan perbaiki kembali apa yang kurang. Hasilnya mereka berjaya mematahkan banyak pukulan pemain neagara selain beberapa kesilapan mudah memberi membantu kemenangan mereka. 

Dalam set penentuan, pasangan negara bermula baik dan jauh meninggalkan lawan namun sedikit demi sedikit kesilapan dan hilang fokus membuatkan pasangan China ini mudah mengutip mata untuk mengikat kembali kedudukan pada satu masa. 

Tatkala pemain negara semakin tertekan, ia memberi peluang kepada Wei Keng dan pasanganya untuk mengutip mata demi mata biarpun ada sedikit kebangkitan pada hujung permainan namun ia sudah terlambat untuk memenangi set itu. 

Sebagai naib juara, Aaron-Wooi Yik mendapat hadiah wang tunai sebanyak AS$29,750 (RM127,493), manakala Wei Keng-Wang Chang memperoleh AS$62,900 (RM269,557) selaku juara. - KitaReporters


12
12
0
17
0
You will be interested