Seni & Sukan 25 Aug, 2022

Geramnya! Netizen kecam budak lelaki bangga tayang ganja dalam medsos! Tak takut hukuman gantung ke?

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Dalam hidup ini, jangan terlalu tonjolkan sangat kehidupan kita, lagi-lagi kalau buat jahat. Kenapa bangga sangat nak menunjuk dekat orang kan?

Tular kisah seorang lelaki dalam Twitter dengan bangganya memaparkan fotonya sambil memegang ganja dengan kapsyen yang memerli mat ganja lain yang ada di luar sana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah ganja atau kanabis


Namun rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini kerana tiada perasaan malu dan bersalah memaparkan dirinya berswafoto sambil memegang ganja dalam bungkusan beg plastik yang agak besar.

"Banyak tu pun dah menunjuk. Orang angkat half ounce pun tak kecoh. Angkat 1g chai dengan rokok? hmm, lemah," kata lelaki yang dikenali sebagai Fahri Bakri dalam akaun Twitter miliknya yang kini telah diletakkan dalam mod dilindungi (protected).



Hantaran terbabit bagaimanapun berjaya ditangkap layar oleh salah seorang netizen dalam Twitter

Sejak dimuat naik, gambar Fahri bersama ganja telah tular dalam media sosial dengan kebanyakan netizen mengkritik beliau yang disifatkan berlagak dan menunjuk.



Ada juga ya orang macam ni nak menunjuk kesalahan yang dibuat.

Nanti kalau kena tangkap dengan polis nanti mesti swafoto jugak tunjuk kat semua orang! Okey? - KitaReporters


14
11
0
14
0
You will be interested