Seni & Sukan 13 Feb, 2022

Keluarga Malaysia tak lupakan warga emas, kanak-kanak! 15 rumah kebajikan, 400 penghuni disantuni!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



MR DIY Group (M) Berhad memulakan Tahun Harimau dengan penuh kemeriahan bersama dengan mereka yang memerlukan di negara ini bersesuaian dengan aspirasi konsep Keluarga Malaysia.

Peruncit perkakasan rumah yang terbesar di Malaysia itu menggerakkan sumber dan tenaganya di seluruh negara untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia daripada golongan kanak-kanak hingga warga emas bagi memastikan mereka mempunyai barangan keperluan untuk menyambut Tahun Baharu Cina.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Keluarga Malaysia


Menurut satu kenyataan media, lebih 400 penghuni dari 15 rumah kebajikan, termasuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, orang kelainan upaya (OKU) fizikal dan warga emas menerima pakej bantuan yang mengandungi barangan keperluan harian dan keperluan rumah

Selain itu, setiap rumah kebajikan tersebut turut menerima peralatan dapur elektrik seperti periuk nasi dan cerek elektrik, serta barangan penjagaan kebersihan diri seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan.



Mengulas tentang inisiatif tersebut, Alex Goh, Ketua Pemasaran, Mr DIY Group berkata, “Di Mr DIY, kami percaya bahawa sambutan dan perayaan akan menjadi lebih bermakna apabila kemeriahan tersebut dikongsi bersama. 

"Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu menjadikan perayaan ini lebih bermakna buat mereka yang kurang bernasib baik. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh 15 rumah kebajikan tersebut terhadap usaha pasukan kami.

"Untuk ini, kami mengucapkan Selamat Tahun Harimau Air, semoga ia menggembirakan, selamat, dan penuh kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia.”



Pusat kebajikan dan rumah penjagaan yang menerimapakej bantuan dari Mr DIY ialah:

  • Persatuan Kebajikan Wen Hua Kuala Lumpur & Selangor
  • Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Cacat dan Kurang Upaya Taman Connaught, Kuala Lumpur
  • Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan OKU Mesra Petaling Jaya, Selangor
  • Grannies Old Folks Home, Kuantan, Pahang
  • Rumah Sri Kenangan, Kelantan
  • Rumah Damai, Terengganu
  • Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Warga Miskin Parit (Bait Al- Amin), Perak
  • Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak OKU Bayan Lepas Pulau Pinang
  • Medina Homecare, Kedah
  • Rumah Anak Yatim Mak Teh, Perlis
  • Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal Bahagia, Melaka
  • Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria Johor Bahru, Johor
  • Persatuan Kebajikan Shemariah, Negeri Sembilan
  • Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan OKU Leshan, Sabah
  • The Sarawak Cheshire Home, Sarawak



Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan Mr DIY juga menyebarkan kemeriahan perayaan ini kepada 14 kanak-kanak yang menghuni rumah Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Angels, Kuala Lumpur pada Januari 2022 lalu. 

Lawatan tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti bermain permainan, menanam pokok, melukis mural, menghias dengan tema Tahun Baharu Cina dan sambutan perayaan bersama kanak-kanak tersebut. 

Dengan membawa ‘semangat DIY’, kakitangan Mr DIY juga membantu membersihkan dan mengecat rumah tersebut untuk memberi nafas baharu bersempena Tahun Baharu Cina. - KitaReporters


13
16
0
12
1
You will be interested