Seni & Sukan 22 Oct, 2020

Siapkan 1,200 PPE! Usaha JKNT, YPK, Kemas, JPNIN Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

PENULARAN COVID-19 yang belum reda menyebabkan petugas di barisan hadapan di negara ini memerlukan lebih banyak Pakaian Perlindungan Diri (PPE) bagi menghadapi risiko ketika berhadapan dengan pesakit yang menjalani rawatan sama ada di hospital atau berada pusat kuarantin. : KitaReporters


Pengarah JPNIN Terengganu Burhanuddin Daud (tengah) bersama PPE yang sudah siap dijahit


Lagi cerita-cerita berkaitan JPNIN:

https://kitareporters.com/search?search=jpnin


Di Terengganu empat jabatan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu berkongsi tenaga dalam usaha menyediakan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan di negeri tersebut. 

Menerusi perkongsian tersebut JKNT menyediakan peruntukan, YPK dan KEMAS menyediakan kemudahan bengkel jahitan, manakala JPNIN Terengganu membantu menyediakan tenaga kerja sukarela

Bgi menjayakan program tersebut  JPNIN Terengganu memilih empat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Dungun iaitu KRT Taman Madani AMBS, KRT Kampung Besol, KRT Kampung Che lijah dan KRT RAKR Gong Pasir, Dungun untuk kerja-kerja menjahit.


Burhanuddin ketika meninjau ahli Jiran Wanita menjahit PPE di bengkel jahitan 


Pengarahnya, Burhanuddin Daud berkata kerja menjahit peralatan tersebut dilakukan secara sukarela oleh ahli Jiran Wanita terbabit dimulakan pada 8 Oktober 2020 lalu. 

Katanya, kerja menjahit yang dilakukan secara gotong royong itu disertai 21 ahli Jiran Wanita mewakili empat KRT berkenaan diadakan secara berperingkat-peringkat membabitkan dua fasa.


Burhanudin (kiri) mencuba memakai PPE kepada salah seorang petugas pegawai jabatan berkenaan


Beliau berkata, menerusi projek bersepadu membabitkan empat jabatan itu pihaknya menjangka akan menyiapkan 1,200 peralatan PPE termasuk baju, topi dan kasut

Burhanuddin yang turut meninjau sendiri kerja-kerja menjahit PPE yang dilakukan oleh ahli Jiran Wanita terbabit berpuas hati dengan usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka selaku tukang jahit untuk menyiapkan peralatan berkenaan. 


Burhadudin mencuba bakat menjahit PPE di bengkel jahitan KEMAS


“Walaupun mereka tidak dibayar sebarang imbuhan, sebaliknya melakukan kerja secara sukarela tetapi bersemangat untuk menyiapkan projek tersebut,” katanya. 

Burhanudin berkata, majlis penyerahan fasa pertama peralatan tersebut kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus akan dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat di Summai Hotel, Kuala Terengganu pada 26 Oktober 2020. - KitaReporters

2
2
0
0
0
You will be interested