Seni & Sukan 03 Nov, 2020

Yang Terakhir! Berakhir trilogi lagu kisah cinta Sufi Rashid

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Sebelum ini, juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid pertaruhkan ‘Aku Sanggup’ demi berbuat apa sahaja untuk kekasihnya, kemudian ‘Aku Sendiri’ mengisahkan dirinya ditinggalkan kekasih  dan kini ‘Yang Terakhir’ merupakan penggulung cerita sedih yang didendangkannya melalui single terbaharunya. : KitaReporters



"Ya, ‘Yang Terakhir’ merupakan kesinambungan kepada 'Aku Sanggup' tentang kesanggupan berbuat apa sahaja demi kekasih waima 'Aku Sendiri' pula tentang dirinya yang ditinggalkan oleh kekasih sendirian dan ‘Yang Terakhir’ melengkapkan cerita,” ujar penyanyi lelaki bersuara lantang asal Singapura ini.

Namun Muhammad Sufi Rashid, yang lebih dikenali sebagai Sufi Rashid sahaja itu memberitahu, genre yang dibawakannya kali ini agak berbeza dan tidak meleleh tetapi lebih kepada rentak pop balada dengan elemen dark dan dari segi mainan emosi ia kedengaran agak seram.

Wah! Suspen pula kisah trilogi cinta lagu Sufi Rashid ini. Apa agaknya pengakhirannya sebagaimana judul lagu?

“Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah kehilangan cintanya kerana kekasihnya telah pergi meninggalkannya buat selamanya dan kini dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan ke atas kekasihnya, dan tiada lagi rasa cinta yang mampu menggantikan perasaan itu,” ujar Sufi.




Oh begitu pengakhiran ceritanya, kira cinta yang dilepaskan itu adalah cinta yang terakhirlah agaknya ya?

Apa pun, lagu ciptaan Omar K  dan lirik yang ditulis bersama rakannya, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna ini khabarnya mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan sepenuhnya.

“Ini kerana Omar K merupakan komposer yang sangat teliti ketika bekerja malah beliau juga sangat tegas dan berpengalaman luas namun sangat mudah untuk bekerjasama dengannya malah banyak yang saya pelajari,” ujar Sufi yang pernah meraih sebanyak 20 juta dan 2 juta tontonan dalam laman rasmi YouTube Rocketfuel Entertainment melalui lagu ‘Aku Sanggup’ dan ‘Aku Sendiri’.

Mungkin kah ‘Yang Terakhir’ akan menerima lebih daripada 20 juta tontonan sebagaimana lagu pengenalan cerita ‘Aku Sanggup”.



Pemenang Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 ini berkata, “Walaupun sedang sibuk menguruskan perniagaan waima sudah berkeluarga, nyanyian merupakan bidang kerjaya saya yang utama, dan memang saya nantikan untuk kembali dengan single terbaharu.” 

Sufi  berharap ‘Yang Terakhir' dapat diterima ramai dan menjadi pengubat kerinduan peminat di luar sana yang dah lama nantikan buah tangan terbaharu daripadanya.



Sebagaimana Sufi mengharapkan kejayaan berganda melalui ‘Yang Terakhir’, begitu juga Feros Sayna, selaku Ketua Label Rocketfuel Entertainment yang menerbitkan single terbaharunya itu.

“Sufi merupakan salah satu artis naungan kami yang mempunyai bakat besar dengan kekuatan vokal yang tersendiri. Saya percaya lagu baru ini mampu pergi jauh sama seperti lagu-lagu sebelumnya dan bakal menjadi hit, ” tambah Feros yakin.

Andai kata korang masih belum berpeluang mendengar ‘ Yang Terakhir ’ dari Sufi apa kata muat turunkannya dalam iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman dalam talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Boleh juga menonton video lirik dan muzik lagu berkenaan yang sudah pun berada dalam saluran YouTube Rocketfuel Entertainment. Meh! KitaReporters belanja di sini ya. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested