Seni & Sukan 21 Apr, 2020

DAPAT KERETA!! NIQA HARGAI USAHA PENGEDAR

@daliza mohamed ariffin
Bekas editor Bisnes Kosmo! yang memiliki pengalaman luas dalam bidang ekonomi, korporat, bank dan PKS, Setia berkhidmat dengan Kumpulan Utusan selama hampir 24 tahun.

Share this

Mencapai kepuasan diri dalam perniagaan sebagai ejen atau stokis yang mengedarkan produk popular di negara ini bukan sekadar mencatat nilai komisyen yang tinggi tetapi juga hadiah berupa kereta yang menjadi idaman mereka. : KitaReporters

Fariena meraikan kejayaannya setelah mencapai sasaran jualan


Ia menjadi satu lambang kejayaan terhebat dan boleh dibanggakan buat diri sendiri malah menjadi motivasi terbaik buat para ejen yang lain untuk mencontohi jejak berkenaan.

Bukan mudah untuk mencapai misi berkenaan jika tanpa komitmen yang tinggi, usaha gigih, strategi perancangan pemasaran yang betul dan juga sistem sokongan yang daripada ahli kumpulan ejen.

Kejayaan itu bukan boleh dijulang dalam tempoh singkat tetapi bagi pengedar NIQA, Fariena Amerien yang berasal dari Pulau Pinang perlu mengambil masa selama dua tahun menghadapi segala jerih perih dalam bidang tersebut.

Produk popular keluaran syarikat


Syarikat terkenal dengan produk NIQA Hijab Wash sejak ia berada di pasaran pada tahun 2017 kerana ia berfungsi sebagai bahan pencuci yang dapat menghilangkan kesan minyak muka dan peluh pada tudung semudah rendam, bilas dan sidai.

Penyerahan hadiah kereta tersebut kepada Fariena disempurnakan pada satu majlis gilang gemilang anjuran NIQA di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fariena bersama Fazliatul dan Farilawati


Majlis turut dihadiri Pengasas syarikat, Fazliatul Akmar dan pengasas bersama syarikat, Farilawati Mat Kasim serta lebih daripada 100 pengedar dari seluruh negara.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut,  Fariena Amerien berkata ia merupakan pencapaian terbaiknya setelah terlibat dalam bidang pengedaran produk berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ini merupakan pulangan yang diperoleh daripada usahanya yang gigih dan tekun bagi mencatat sasaran jualan yang ditetapkan selama ini.

“Saya bertuah kerana mendapat sokongan yang baik daripada ahli kumpulan jualan dan kami bekerjasama bagi mencapai sasaran jualan.

“Malah saya juga seorang yang suka bekerja dengan menetapkan KPI dan sasaran bagi mencapai kepuasan diri, lebih menarik ia turut dikongsi bersama kumpulan saya,” katanya.

Fariena, 35, menerangkan, terdapat lebih 300 ejen di dalam kumpulannya dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Pengalamannya sebagai ejen yang bermula daripada pada peringkat bawahan terpaksa berusaha gigih mengumpul modal, mempromosikan produk dan mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap produk yang diedarkannya.

“Pengalaman selama dua tahun dalam bidang ini telah mematangkan diri saya untuk berjaya dalam bidang jualan produk dan berdasarkan itu, saya bersedia memberi motivasi dan semangat kepada mereka yang masih baru,” jelasnya.


Selain itu, mengulas lanjut mengenai majlis berkenaan, Fazliatul berkata, ia bertujuan untuk menghargai jasa dan titik peluh para ejennya selama ini yang memberi sokongan kepada perkembangan syarikat sehingga berjaya.

“Kami berharap dapat melahirkan lebih ramai ejen yang berkualiti dan mampu mencatat pendapatan lumayan serta menjadikan NIQA sebagai platform kerjaya berpotensi khususnya bagi suri rumah dalam membantu menaikkan taraf hidup mereka,” jelasnya.

Tambah beliau,  program sedemikian akan diteruskan pada masa depan bagi memberi semangat kepada ejen untuk terus menetapkan sasaran bagi mencapai misi jualan masing-masing.


NIQA terkenal kerana produk popularnya NIQA Hijab Wash yang membantu menghilangkan kesan minyak muka dan peluh pada tudung semudah rendam, bilas dan sidai.

Produk yang telah diperkenalkan di pasaran sejak bulan Mac tahun 2017 itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan sehingga berjaya menaikkan jenamanya ke seluruh negara.

Ekoran kejayaan tersebut, syarikat telah melancarkan NIQA Instant Remover dilancarkan pada Ogos tahun yang sama dan ia berfungsi bagi membersihkan kotoran dengan segera semudah sembur, gosok dan lap pada tudung.

Produk ketiganya ialah Hijab Awning Starch yang diperkenalkan di pasaran pada Januari 2019 dan ia berfungsi membentuk awning tudung dengan lebih kemas.

Terbaharu, syarikat melancarkan mini wet tisu bagi membantu melengkapkan produk Instant Stain Remover dalam membersihkan kotoran. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested