Seni & Sukan 14 Mar, 2022

Video| Shuib penuhi permintaan arwah Siti Sarah! Siapkan surau, dewan serbaguna rumah anak yatim!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Shuib, anak-anak dan bapa mentua Raissuddin Hamzah mengaminkan doa. - Kredit foto: IG @shuibsepahtu.

Selebriti dan usahawan Shuib Sepahtu, 37, menyiapkan pembinaan surau (musolla) dan dewan serbaguna rumah anak yatim  Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang, Selangor sebagai memenuhi permintaan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.  

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dan Siti Sarah pertama kali melawat Baitul Sakinah As-Shariff pada 25 Julai 2021 iaitu kurang  tiga bulan sebelum kepergiannya.
Ketika itu Shuib dan Siti Sarah dibawa melawat sekeliling kawasan dan bertemu dengan anak-anak yatim di situ.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak yatim


Siti Sarah tertarik dengan rumah anak-anak yatim itu membuat Siti Sarah ingin memberi sumbangan bagi menyiapkan surau dan dewan serbaneka yang ketika itu tinggal 30 peratus untuk disiapkan.
Menurut Shuib arwah isterinya menekan, mereka yang mempunyai lebihan kewangan perlu banyak melakukan  kerja kebajikan  seperti menyiapkan kemudahan di rumah anak-anak yatim itu.

Shuib menurunkan tandatangan di Sarah Muslim Al-Attas. 


Mengingat kata-kata arwah isterinya, Shuib memutuskan untuk menyiapkan surau dan dewan serbaguna Baitul Sakinah As-Shariff itu. Dan pada  Sabtu, 12 Mac 2022, Shuib datang sekali lagi ke Baitul Sakinah As-Shariff.

Cuma kali ini Shuib datang bersama keempat-empat anaknya, serta bapa mentua, Raissuddin Hamzah dan ibu mentuanya. 

Namun sebagai mengenang selebriti itu, surau dan dewan serbaneka itu nama Sarah turut diabadi bersama dua individu lain menjadi musolla dan dewan serbaneka Sarah Muslim Al-Attas.

Shuib diberi penghormatan merasmikan surau dan dewan serbaneka itu yang bersyukur dapat menunaikan permintaan arwah isterinya. 


/


Shuib dan Siti Sarah berkahwin hampir 10 tahun dan dianggap pasangan selebriti bahagia dan dikurnia empat cahaya mata. Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun akibat penyakit Covid-19. - KitaReporters


15
8
0
11
0
You will be interested