Seni & Sukan 14 Mar, 2020

REBECCA "LAMAR" KELIMA-LIMA ANAK ZIZIE EZETTE

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam melamar kelima-lima anak sahabatnya, selebriti Datin Seri Zizie Ezette sebagai duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd melalui kontrak selama dua tahun. : KitaReporters


Kelima-lima anak Zizie  terdiri daripada Naila Nurjenna Izette, 5; Aaric Zayn Izette, 3;  Aadam Zac Izette, 3; Aaleph Zeke Izette, 3; dan Aalisa Belle Izette berusia setahun.

Satu majlis menandatanganji perjanjian (MoU) antara Rebecca dan Zizie berlangsung dalam suasana santai  dan meriah di Kafe Faroz, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis, 12 Mac 2020 yang turut dihadiri kelima-lima anak bersama Datuk Seri Bung Moktar Radin ini.



IQ Super merupakan suplemen revolusi baru untuk tumbesaran kanak-kanak yang bijak, cergas dan ceria menjadi produk keenam milik Rebecca selepas berjaya dengan lima produk terdahulu iaitu pelansingan badan ‘Body Love’, pencuci wanita ‘VBecca’, Jamu dan penjagaan muka ‘BF Shine’

“Dengan pelancaran produk IQ Super hari ini (12 Mac 2020), saya meysasarkan jualan sehingga 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2020 ini. 

"Malah berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran ASEAN apabila ia sudah dapat memikat hati masyarakat Malaysia,” ujar Rebecca yakin.

Berhubung pelantikan anak-anak Zizie Ezette, Rebecca memberitahu keputusannya untuk melamar mereka disebabkan persahabatan yang terjalin antaranya dan Zizie begitu akrab.

“Kami berdua saling menyokong dalam banyak aspek apatah lagi kami sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga dan anak-anak,” tambah Rebecca.

Mengakui pandangan Rebecca, Zizie Ezette, 41, yang ditemui turut mengakui menerima pelawaan Rebecca disebabkan persahabatan yang telah lama terjalin antara mereka sejak 2008 lagi.


“Sebab yang paling utama adalah kerana saya menyenangi Rabecca dan sejak produk ini diberikannya untuk dicuba anak-anak, mereka amat menyukainya malah saya nampak keberkesanannya kepada mereka,”  jelas Zizie.

Menurut Zizie, antara sebab lain terletak kepada permintaan peminat  yang menamakan anak-anaknya sebagai duta melalui peraduan mencari duta produk IQ Super yang dimuat naik Rebecca dalam laman sosial.

“Melalui peraduan itu, ramai  peminat dan pengikut dalam Instagram selalu tag nama saya serta anak.  

"Lalu semua sebab itu membuat saya berbesar hati untuk menerima tawarannya,” kata kakak kepada Shaheizy Sam ini.

Mendedahkan beberapa lagi sebab lain, Zizie sempat bergurau sambil berkata, “Ini juga jadi ruang untuk anak saya sendiri membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai cari duit.”


“Sebenarnya bukan senang untuk saya mengambil mudah produk untuk pemakanan anak-anak tetapi disebabkan kandungan di dalam IQ Super ini berkhasiat tanpa mengandungi bahan-bahan yang saya tidak kenali jadi saya yakin ia tidak berbahaya,” tambah Zizie yang sentiasa mengukirkan senyuman sepanjang perbualan.

Ditanya mungkinkah selepas in akan ada lagi tawaran yang diterimanya bagi pihak anak-anak untuk menjadi duta produk lain atau pun berlakon, ini jawapannya:

“Buat masa ini rasanya ini sahaja tawaran yang saya akan terima untuk anak-anak kerana saya mahu mereka membesar mengikut perkembangan usia mereka, jauh sekali berlakon.”

Adakah ini bermakna pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mahu terus melupakan dunia lakonan?

Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama 'Hero Seorang Cinderella' yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.

"Kalau ikutkan minat dan keterujaan di pentas seni itu takkan berakhir. Perasaan rindu itu pasti akan bertandang.

"Cuma demi anak yang masih perlu perhatian sepenuhnya daripada diri ini, saya memilih untuk tidak berlakon dahulu. 

"Nak cakap berhenti terus itu takut juga kalau tiba-tiba gian nak berlakon balik,” jawabnya dalam ketawa.

Menurutnya, beliau mahu merasakan kepuasan membesarkan anak-anak agar dapat mencipta memori indah bersama mereka.

“Kita tidak tahu sampai bila usia ini akan terhenti, jadi kenalah menikmati keindahan dan pengalaman membesarkan anak-anak,” tambah Zizie yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.


Seperti ZIzie, pemilik nama penuh Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 33, berpendapat  sama iaitu tidak mahu mengaktifkan diri dalam dunia lakonan dan selesa menjadi isteri sepenuh masa sambil aktif sebagai usahawan.

“Seperti yang semua tahu, saya turut mempunyai anak yang ramai dan kebahagiaan anak adalah penting. 

"Apabila anak saya sihat, ceria dan cergas, saya sebagai seorang ibu akan rasa bahagia melihat mereka,” ulas Rebecca.

“Sama seperti ZIzie, saya mahu sentiasa berada di sekeliling anak-anak dan melihat perkembangan mereka. 

"Jika saya berlakon sudah tentu memakan masa yang banyak kecuali jika ada produser yang sanggup membenarkan saya rehat selepas jam 9 malam tetapi mana mungkin kan?” tambahnya.

Yakin dengan pemilihannya menjadikan lima anak Zizie sebagai duta produk, Rebecca melahirkan rasa bangganya dapat terus menjalinkan hubungan baik dengan Zizie melalui kolaborasi ini.

“Oleh kerana produk kami ini memfokuskan kepada kanak-kanak dan peranan ibu untuk terus memastikan yang terbaik untuk anak-anak, jadi saya melihat Zizie sebagai pilihan tepat merangkumi apa yang ingin disampaikan.

"Malah Zizie menjadi testimoni terawal yang mencuba produk ini untuk anaknya,” jelas Rebecca yang turut mempunyai lapan orang anak termasuk dua anak angkat dan anak tiri bersama Datuk Nor Azam Sulaiman yang dikahwini pada 14 Januari 2011. 


“Seperti yang semua tahu, saya turut mempunyai anak yang ramai dan kebahagiaan anak adalah penting. 

"Apabila anak saya sihat, ceria dan cergas, saya sebagai seorang ibu akan rasa bahagia melihat mereka. Saya yakin Zizie juga berasakan hal sama.

“Sekalipun produk ini menjadikan lima nak Zizie sebagai duta, peranannya sebagai ibu amat besar dan penting, sekali gus mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti kami. 

"Dan kami yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak dan sudah pasti IQ Super menjadi pilihan mereka,” kata Rabecca selaku Pengasas Anggun & Anggerik Enterprise

Harga pasaran IQ Super  yang mengandungi bahan-bahan berkhasiat seperti susu kambing, kurma, kismis, walnut dan madu dijual pada harga  RM119 untuk sebotol dengan isi kandungan 60 biji tablet.

“Kami mengalu-alukan permohonan untuk menjadi ejen dan stokis malah bagi mereka yang mahu membuat tempahan boleh menghantar Whatsapp ke talian +60126015308,” akhiri Rebecca yang yakin mampu menambah bilangan peniaga disebabkan keuntungan yang diberi amat tinggi sehingga mencecah 60%. - KitaReporters

3
2
0
0
0
You will be interested