Seni & Sukan 08 May, 2022

Video| Zizie Izette hidup harmoni dengan madu! Netizen cemburu! Tanyalah tip dengan Bung Mokhtar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Alangkah bertuahnya Bung Moktar apabila madu boleh akrab

Hidup bermadu boleh dijalankan dengan harmoni jika saling faham memahami dan bertolak ansur.

Begitulah yang cuba diperlihat oleh pelakon Zizie Izette Abdul Samad, 43, setelah berkahwin dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, 63, yang juga ahli Parlimen Kinabatangan sejak Disember 2009.

Zizie memperlihatkan keakraban dengan madunya Datin Seri Nor Asidah Alimuddin yang sama-sama bertubuh agak gempal dalam laman Instagramnya yang mempunyai sejuta pengikut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan bermadu


"Fyi, suami kami tak minat yg kurus2, taste dia yg comel2 mcm kami. 😄. Tgk riak wajah @bungmoktar yg kelihatan begitu ceria. Kaum Adam yg teringin mcm kami jgnlah cemburu ya. Kalau nak pg menuntut ilmu dgn panglima perang Sabah ni. 😂😂😂. #selokahariraya," tulis Zizie Izette menerusi laman Instagram (IG) nya dimana dia berkongsi video bersama madunya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Zizie menyatakan suaminya, Bung Moktar tidak meminati wanita-wanita kurus.

Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini berseloroh kepada kaum lelaki untuk ‘menuntut’ tip daripada ahli politik terbabit sekiranya ingin berkahwin lebih daripada satu.
Pasangan madu ini memperlihatkan keakraban anak dan anak tiri.

Kedua-dua berbadan gempal mengikut selera Bung Moktar

Perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan warga maya. Melihat dalam ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat keakraban Zizie bersama madunya. 

Terdapat segelintir netizen yang meminta pelakon drama ini berkongsi petua menjaga rumah tangga.

“Bagusnya dah macam adik beradik."

"Boleh tak bila-bila kongsi apa tips datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga. Saja la nak tau..."

"Terbaik jaga hati."

"Bestnya keluarga ini. Moga terus dikurniakan kebahagiaan," antara komen-komen netizen.

Hasil perkahwinan Zizie dengan Bung Moktar, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. 

Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette. - KitaReporters


13
14
0
18
0
You will be interested