Seni & Sukan 09 May, 2022

Video| Showtime 1958 satu kisah benar! Karya Anwardi Jamil kini distrim dalam Netflix! Jom tengok!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Sebuah lagi filem terbitan produksi Malaysia membuka tayangan perdana dalam platfom striming antarabangsa, Netflix. 

Mula ditayangkan sejak 3 Mei 2022 yang lalu, filem cereka pertama terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., berjudul ‘Showtime 1958’ kini sedang rancak distrim dalam Netflix seluruh dunia dan mula menduduki carta filem trending dalam Netflix.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem


Menurut kenyataan media pada 6 Mei 2022, ‘Showtime 1958’ ditulis sepenuhnya oleh pengarah legenda Anwardi Jamil menerusi idea asal daripada memoir Allahyarham ayah beliau iaitu, Dato’ Jamil Sulong

Menceritakan tentang sebuah kisah benar di sebalik terciptanya lagu ikonik “Selamat Hari Raya (Lagu Hari Raya Aidifitri)” yang ditulis oleh biduan negara P. Ramlee dan Jamil Sulong pada April 1958 di bahagian belakang pentas Studio Jalan Ampas, filem ‘Showtime 1958’ memaparkan detik-detik genting kejatuhan empayar filem Melayu di Singapura

Filem ‘Showtime 1958’ dibarisi nama-nama besar industri perfileman tanah air antaranya Amai Kamaruddin, Bell Ngsari, Shah Iskandar dan Mubarak Majid, di samping bakat-bakat baharu seperti Asry Azizan Banks, Yna Rose Noah, Wan Nur Afiyah, Irfan Zaini, Amalina Arham, Muhammad Izzat Mustaq, Raja Muhammad Hafiz, Dhia Farhana, Farah Ahmad, Frankie Lee, Henzi Andalas Nusantara.

Penerbitan filem ini telah disokong sepenuhnya oleh FINAS dan ditaja oleh F&N. Filem ini diedarkan secara eksklusif ke Netflix oleh Nafalia Corporation Sdn Bhd melalui Nads Media Entertainment Sdn Bhd sebagai pengedarnya.



Filem cereka yang diarahkan oleh pengarah veteran Anwardi Jamil ini telah mendapat pengiktirafan pada Asian Cinematography Award, yang berlangsung di Manila, di mana, iaa berjaya merangkul dua anugerah iaitu “Pengarah Asia Terbaik" oleh Anwardi Jamil dan “Sinematografi Terbaik" oleh Norazam Mohd Yusoff.

Filem ini juga berjaya menerima anugerah bagi “Skor Musik Terbaik" oleh Raja Iskandar Raja Ibrahim pada anugerah Singapore World Film Carnival, yang juga telah memberi penghargaan bagi “Pencapaian Luar Biasa” bagi kategori Pengarahan, Ciri Naratif dan Sinematografi. 

Showtime 1958 turut terpilih sebagai salah satu daripada tiga filem teratas bagi kategori filem cereka bahasa asing (Foreign Language Feature Films) di Cardiff International Film Festival. 

Selain daripada itu, filem Showtime 1958 merupakan finalis bagi salah satu daripada dua filem muzikal terbaik di Cannes World Film Festival, di mana, telah kalah dengan filem keluaran Amerika Syarikat iaitu “Black Live Matter - A Musical”. 

Filem Showtime 1958 ini juga telah diraikan di Paris sempena sebuah acara yang memperingati hasil kerja dan musik nyanyian Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, yang dipanggil “One Night With Malaysia”. 

Acara tersebut telah dianjurkan oleh INALCO,  the National Institute of Languages and Oriental Civilisations, L’Ecole Des haute Etudes En Sciences Socials and Campus Condorcet, menurut kenyataan tersebut.



Treler rasmi filem ‘Showtime 1958’ boleh ditonton di YouTube dan untuk mengetahui kisah-kisah menarik di sebalik tabir filem ini, ikuti akaun media sosial Nafalia Corporation dalam Facebook dan Instagram. 

Peminat-peminat filem tempatan pastinya tidak mahu terlepas menonton filem ‘Showtime 1958’ yang kini rancak distrim di platfom Netflix. - KitaReporters


14
13
0
10
0
You will be interested