USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, berdepan detik cemas apabila salah satu bilik di dalam banglo mewah kediamannya di Kota Damansara, Selangor terbakar pada Rabu, 23 Mac 2020.
Apa yang dilakukan oleh suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid untuk menyelamat diri sendiri dan keluarga mungkin akan dilaku oleh sesiapa yang mengalami situsai serupa.
Aliff yang sedang buang air besar di dalam tandas bergegas keluar tanpa membasuh beraknya setelah mendengar jeritan kebakaran daripada pekerjanya dan anak-anak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aliff Syukri
"Pengalaman yang amat menakutkan saya apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.
"Asap sampai naik ke atas, semasa itu saya sedang berak (buang air besar) sampai tak sempat nak cuci... tak perasan langsung terbakar.
Bersama kapsyen tersebut, Aliff turut memuat naik rakaman video kekecohan semasa kejadian itu berlaku. Dalam rakaman itu, Aliff menunjukkan katil pada salah satu bilik di tingkat bawah kediamannya terbakar.
Semasa dia dan keluarga menyelamatkan diri keluar daripada banglo, Aliff berkata dia tidak memikirkan lagi mengenai harta benda yang mahal seperti jam mewahnya, apa lagi nasib banglo mewahnya.
Dia berlari tetapi tidak jumpa jalan keluar. Malah, dia hanya ingat kepada Allah dan memohon supaya keluarganya diselamatkan daripada insiden buruk itu.
"Saya lari tapi tak jumpa jalan keluar... waktu tu tuhan je tahu, saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya sahaja.
"Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal... saya buntu dan mengelabah! Siapa nak video bahagian kedua, saya kongsikan ini," ujarnya. - KitaReporters