Seni & Sukan 12 Apr, 2022

Video| Kerana terdesak! Pegawai bank bergaji RM17k nekad buat rompakan solo! Mahu selesai hutang!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


LAZIMNYA kes rompakan atau kecurian berlaku berpunca daripada faktor kewangan sehingga mendorong pelaku melakukan tindakan terkutuk tersebut.

Malah, secara logiknya apabila seseorang berdepan situasi terdesak mereka  sanggup melakukan apa sahaja  tanpa memikirkan kesan jangka panjang semata-mata mahu mendapat wang dengan cara yang mudah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan rompakan



Kisah sama berlaku di Cilandak, Jakarta Selatan pada 5 April 2022 lalu apabila seorang pegawai kewangan di sebuah institusi perbankan di bandar tersebut menggemparkan Indonesia yang tergamak melakukan rompakan bersenjata seorang diri.

Semua itu dilakukan kerana terdesak berikutan berdepan masalah kewangan yang kritikal.

Sangat mengejutkan si perompak tersebut bukan calang-calang orang tetapi seorang pegawai kewangan di institusi perbankan dan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak 60 juta rupiah atau lebih RM17,000 sebulan.

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Komisaris Besar Budhi Herdi Susianto berkata, rompakan itu berlaku kerana faktor ekonomi semata-mata.

Malah, memetik Tribun News baru-baru ini, suspek dikatakan berhutang dan perlu melangsaikan pinjaman itu dalam masa terdekat.



Situasi terdesak itu menyebabkan suspek nekad membuat rompakan bersendirian di Bank Jabar Banten (BJB) cabang Fatmawati, Cilandak pada 5 April 2022 itu.

Suspek yang berusia 43 tahun itu dikatakan mengunjungi bank terbabit dan meletakkan kenderaan di hadapan bank berkenaan sekitar 2 petang. 

Ketika kunjungan ke bank berkenaan, BJN telah menutup perkhidmatannya untuk pelanggan. Namun suspek tetap berkeras untuk memasuki ruang bank berkenaan. 

Situasi berkenaan menyebabkan berlaku pergaduhan dengan pengawal keselamatan di bank berkenaan. Tetapi sangat mengejutkan apabila suspek kemudian mengacukan senjata kepada kakitangan dan pekerja di bank itu.

"Salah seorang anggota keselamatan enggan menuruti permintaan suspek hingga memaksa dia melepaskan tembakan," kata Budhi.



Namun kata Budhi, pengawal keselamatan itu menyedari bunyi letupan senjata itu bukan datang daripada pistol sebenar menyebabkan dia nekad melawan suspek.

"Ketika pergelutan berlaku, ada sebahagian kakitangan bank keluar menjerit meminta pertolongan," kongsinya.

Malah secara kebetulan, kereta peronda sedang melalui kawasan tersebut dan menyedari berlaku kejadian mencurigakan.

Suspek akhir berjaya diberkas dan beberapa senjata yang digunakan suspek dirampas dan dikenal pasti sebagai airsoft gun (pistol angin)

Malah turut dirampas adalah beberapa senjata lain termasuk pisau lipat, tali kabel dipercayai untuk mengikat tebusan dan mercun serta bom asap.

Buddi berkata, suspek mungkin dipengaruhi filem aksi untuk melakukan rompakan sebegini. Namun disebabkan kerana terlalu terdesak dia sanggup melakukan bersendirian. 

Kini suspek ditahan reman sebelum dijatuhi hukuman. - KitaReporters


15
14
0
8
0
You will be interested