Seni & Sukan 20 Jan, 2022

Video| Luna Maya bekukan sel telur! Takut tak subur bila kahwin nanti! Bakal terima Ariel balik?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Luna Maya ketika diwawancara oleh Venna Melinca. - Kredit foto: YouTube Venna Melinca

Bintang terkenal Indonesia, Luna Maya, 38, yang juga ahli perniagaan yang berjaya, suka mengumumkan berita simpati yang akan menjadi perbincangan umum. 

Terbaharu, pelakon dan penyanyi terkenal ini mengumumkan bahawa dia telah membekukan sel telurnya (egg freezing) sejak tahun lalu (2021) setelah kaedah itu terdapat di Indonesia.

Ia untuk memastikan dia dapat melahirkan anak jika ditakdir berkahwin nanti

Ini kerana jika tidak mengikuti kaedah itu Luna mungkin menghadapi masalah untuk mempunyai zuriat kerana bakal memasuki usia 40 tahun tidak lama lagi di mana ketika itu tahap kesuburan akan berkurang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan IVF

Luna sudah merancang untuk membekukan sel telur sejak 4 tahun lalu.

Walaupun sudah berjaya dalam hidup, namun Luna atau nama penuhnya Luna Maya Sugeng masih sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai. Yang ada buat masa kini hanyalah lelaki-lelaki yang dianggap sebagai teman sahaja.

Pendedahan Luna dilakukan dalam wawancara bersama personaliti media sosial Venna Melinda dalam laman YouTubenya yang disiar pada Selasa, 18 Januari 2022.



Luna serah pada takdir jika dijodohkan dengan Airel

Namun Luna masih belum dapat menetapkan waktu yang sesuai untuk berkahwin kerana dia masih rasa selesa hidup sendirian dan melakukan perkara-perkara yang disukainya tanpa perlu mendapat keizinan daripada orang yang bergelar ‘suami’.

Ditanya adakah dia akan kembali bercinta dan berkahwin dengan bekas kekasihnya Nazri Iham, 40, lebih dikenali Ariel Peterpan yang kini dikenali sebagai Ariel Noah, Luna menyerah soal jodoh kepada takdir.

Luna punya ramai teman lelaki tetapi tiada yang sesuai dipilih sebagai pasangan hidup. - Kredit foto: IG lunamaya

ARIEL NOAH


Hubungan cinta Luna dan Ariel terputus apabila video dan gambar-gambar berani kedua-duanya tersebar meluas dalam Internet.

Akibat penyebaran meluas video berani itu sekitar Jun 2010 yang dikatakan dicuri dari laptop Ariel menyebabkan lelaki itu dihukum penjara 3 setengah tahun. 

Namun hukumannya dipendekkan selepas menjalani hukuman kira-kira dua tahun kerana berkelakuan baik. Ariel dibebas bersyarat pada  25 Julai 2012. - KitaReporters


9
15
0
9
0
You will be interested