Seni & Sukan 03 May, 2021

Berita Terkini| Polis buka siasatan majlis berbuka! Artis langgar SOP! Tiada penjarakan sosial!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

GAMBAR yang tular menunjukkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika hadir majlis berbuka puasa di sebuah hotel, baru-baru ini.


POLIS telah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini yang dihadiri beberapa artis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan selepas didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setakat ini, tiga individu membabitkan penganjur dan seorang daripada pihak pengurusan hotel telah dipanggil memberi keterangan.

"Siasatan dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka puasa berlangsung dengan kehadiran orang ramai dan penelitian ke atas gambar mendapati berlaku pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB iaitu tiada penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Mei 2021.

Pada majlis yang berlangsung pada 27 April 2021 lalu, tular dalam media sosial menunjukkan antara artis yang hadir pada majlis itu adalah penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz. 

Mohamad Zainal berkata, semua mereka yang terbabit akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021," katanya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MOHAMMAD Zainal berkata semua terbabit dipanggil bagi memberi keterangan .Kredit Foto MalaysiaGazette.

1
3
1
2
1
You will be interested