Seni & Sukan 30 Dec, 2021

Video| Oh My Hantaran! Gandingan MK K-Clique, Noki K-Clique, Elisya Sandha! Cinta tiga segi?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


APABILA dua penyanyi hip hop, MK K-Clique, 25, dan rakannya, Noki K-Clique, 27, menjadi pelakon bersama artis yang baharu juga tetapi lebih berpengalaman seperti Elisya Sandha, 22, apakah keserasian antara mereka dapat dibina  dan memuaskan hati sang pengarah?

Itulah persoalan bermain di minda ketika sidang media drama ‘Oh My Hantaran’ berlangsung bersama pengarahnya, Shuhaimi Lua, Elisya Sandha dan MK K-Clique baru-baru ini.

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Ali bagaimana pun tidak dapat hadir. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama bersiri


SHUHAIMI LUA


Menurut Shuhaimi, sejujurnya dia kurang berpuas hati dengan kemampuan watak utama walaupun Noki dan Elisya pernah digandingkan bersama sebelum ini dalam telefilem 'Cincin Pusaka' namun akur dengan kehendak penerbit, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd.

"Menerusi Cincin Pusaka mereka memegang watak sebagai adik beradik tetapi dalam 'Oh My Hantaran', digandingkan sebagai pasangan kekasih. 

"Noki mengambil masa dua hari untuk menyesuaikan diri bagi melakonkan watak Mail, seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua.

"Namun hasratnya untuk menyunting Mira (lakonan Elisya) tidak direstui oleh ayah Mira kecuali dia mampu menyediakan wang hantaran berjumlah RM51,000," katanya. 


Elisya memegang watak seorang gadis kampung dalam 'Oh My Hantaran'.


Bagi Elisya, 22, dirinya terpaksa 'melepak' dan berbual dengan Noki sepanjang di set penggambaran pada hari pertama memandangkan 'pasangannya' itu seorang yang sangat pemalu.

Menurutnya yang mesra membahasakan dirinya Sya, hanya pada hari kedua dia melihat Noki lebih selesa dan seterusnya mereka dapat mencapai keserasian dalam lakonan. 

"Noki sangat pemalu orangnya. Walaupun pernah berlakon bersama sebelum ini tetapi dalam 'Oh My Hantaran' kami digandingkan sebagai pasangan kekasih dan mungkin agar sukar baginya sesuaikan diri pada peringkat awal. 

"Pada hari pertama penggambaran, Sya beliau sudah memberikan energi tinggi sepenuhnya sehingga Noki agak terkejut dan gementar," katanya. 

Dalam pada itu Elisya tidak menafikan juga kurang memahami percakapan kedua-dua penyanyi rap berasal dari ‘Negeri di Bawah Bayu’ itu memandangkan loghat Sabah mereka terutama MK agak pekat. 



Sementara itu, MK turut berseloroh loghat Sabah dalam 'Oh My Hantaran' sebenarnya tidak terlalu pekat kerana ingin memastikan penonton memahami dialog yang diucapkan. 

Namun katanya, beliau sedang belajar bercakap dailek Semenanjung dan berharap perlahan-lahan dapat menguasai loghat bahasa Malaysia sebetulnya.


Antara babak lakonan MK sebagai Rizal, anak ketua kampung yang menjadi pilihan untuk dikahwinkan dengan Mira (lakonan Elisya).


"Ini merupakan pengalaman ketiga saya dalam bidang lakonan selepas drama ‘The Hotel’ dan filem pertama ‘Marabahaya Underground’ (yang mula ditayangkan di Astro First 2 Disember 2021)," kata MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan.

"Saya juga tidak menolak untuk terus berlakon selagi menerima tawaran. Saya anggap setiap tawaran adalah rezeki danakan menerimanya untuk mempelbagaikan bidang seni selain menyanyi,” ujar anggota kumpulan K-Clique ini yang berharap dapat tawaran watak antagonis seperti mana diidamkan oleh Elisya.

Tambah MK, bagaimanapun beliau perlu bersedia terlebih dahulu untuk mendalami ilmu lakonan dan tidak keberatan untuk belajar melalui kelas atau pun menonton lakonan pelakon lain melalui drama dan filem.

"Saya akui masih hijau dalam dunia lakonan dan akan terus belajar mendalami watak supaya berkesan pada mata penonton kelak,” tambahnya.



Bagi menilai lakonan MK atau Noki, apa kata saksikan mereka dalam drama bersiri 20 episod, ‘Oh My Hantaran’ yang sudah pun bersiaran pada 29 Disember 2021 lalu menerusi slot Diandra TV , setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 8.30 malam.

Drama berkenaan turut menampilkan lagu ‘Payung Pelangi’ ciptaan dan nyanyian bersama Noki dan MK sebagai OST ‘Oh My Hantaran’. - KitaReporters


14
13
0
11
0
You will be interested