PELAKON kecil molek, Liyana Jasmay berkongsi dalam Instagram, berat terkini badannya hasil melakukan diet selepas 23 hari. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana orang sekecil dan sudah kurus seperti Liyana masih mahu kurus lagi. Apakah dia kini terlalu berat atau obesiti sehingga sanggup berdiet semata-mata mahu kurus lagi? : KitaReporters
Liyana kini mengamalkan diet untuk mencapai berat ideal.
Lagi cerita-cerita berkaitan:
https://kitareporters.com/search?search=diet
Sebagai figura umum dan tuntutan kerja, kebanyakan artis atau selebriti perlu menjaga imej dan susuk tubuh agar kelihatan elok di kaca televisyen. Namun, ia terpulang pada individu itu sendiri sama ada mahu kelihatan kurus atau sebaliknya.
Bagi Liyana, mungkin berat sebelum ini terlalu ‘berat’
buat dirinya atau bukan semata-mata kurus yang dikejarnya tetapi kesihatan. Menurut
Liyana, dia bersyukur pengorbanannya melakukan diet menunjukkan hasil positif.
Sebenarnya apa yang dikongsi oleh Liyana ini lebih
kepada mesej positif kepada orang ramai yang sering mahu kurus tetapi
mengggunakan jalan singkat seperti pengambilan pil kurus.
Tegas Liyana, jangan sesekali ambil jalan pintas untuk kurus.
@liyanajasmay : This is a sample of my lunch and breakfast meal. Some days I do intermittent fasting. Its very easy and very healthy. You guys can do it too! Just ask me questions if you tak faham I explain ok. 💖
“Selepas 23 hari diet tiada karbohidrat, tiada gula! Berat ideal saya ialah 49 kilogram. Saya sangat gembira sebab hanya tinggal 0.3 kilogram sahaja lagi nak capai berat ideal.
“Dari 53 kilogram hingga ke berat sekarang! Saya tidak
mengambil sebarang pil atau makanan tambahan. Saya tinggalkan semua karbohidrat
dan gula. Mulanya memang sangat sukar.
“Hari kelima saya menggigil dan pening, tetapi teruskan juga. Kenapa saya buat hantaran ini? Untuk kasi semangat kepada anda semua yang di luar sana. Percayalah bahawa tiada makanan tambahan, pil atau apa-apa air pun mampu buat anda kurus.
“Dan tiada jalan singkat kerana ia sangat berbahaya.
Kita hanya perlu kekuatan mental dan semangat. Dalam apa jua keadaan, apa
sahaja yang anda nak capai dalam hidup, anda harus kuat dan teruskan.
“Jadi, kalau ada apa-apa persoalan, tanya pada saya. Tolong lakukan ia secara semula jadi kerana itu lebih baik dan selamat untuk tubuh kita,” tulis Liyana.
Berat terkini Liyana iaitu 49.3 kilogram.
Perkongsian Liyana itu mendapat reaksi pengikutnya
dalam Instagram. Ada yang bertanya bagaimana Liyana mengatasi situasi saat
menggigil itu.
“Macam mana awak mengawal gigil dan pening tu. Ada sebarang tip? Sebab itulah yang terjadi pada saya apabila tidak mengambil karbohidrat dan gula,” tanya salah seorang netizen.
Pertanyaan itu dijawab oleh Liyana dengan
memberitahu bahawa dia mengambil coklat tanpa gula untuk mengatasi masalah
gigil tersebut.
“Ya, memang gigil. Sampai emak saya marah dan suruh
makan. Jadi, saya makan coklat tanpa gula yang disyorkan oleh kakak saya. Coklat
tu rendah gula dan karbohidrat. Jadi, apanila saya makan coklat tu, ia bantu
saya hilangkan gigil. Nanti saya tunjukkan anda coklat itu dalam insta stories,”
jelas Liyana.
Betul apa yang dikongsikan oleh Liyana ini. Tiada
jalan singkat untuk kurus selain menjaga pemakanan dan bersenam!
Namun, nak berdiet juga perlu ada ilmu kerana
dibimbangi tersalah diet. Nanti, berat tak turun-turun penyakit lain pula yang
datang bertandang. - KitaReporters