Di Thailand penternak ayam di sana menggunakan ganja dalam makanan ayam pengganti kepada antibiotik kerana ia dapat menghasilkan daging dan telur yang sihat.
Menurut Presiden Peth Lanna, Sirin Chaemthet, ganja itu digunakan sebagai makanan ayam yang dijalankan oleh perusahaan komuniti Peth Lanna dan Fakulti Pertanian Chiang Mai, menurut laporan The Nation dari Thailand.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ayam
Sirin memberitahu bahawa ayam yang diberi ganja telah menunjukkan kesan imuniti yang lebih baik dalam ujian yang dilakukan.
Oleh sebab itu, penternak di Thailand menggunakan ganja bagi menggantikan antibiotik bagi menghalang ayam terkena penyakit bronkitis burung.
Sementara itu, Presiden Majlis Peladang Kebangsaan Prapat Panyachatrak berkata bahawa menggunakan ganja dan bukannya antibiotik akan memastikan keselamatan pengguna dan “meningkatkan nilai komersial produk ayam”.
Thailand pada Khamis, 9 Jun 2022 lalu menjadi negara pertama di Asia yang menghalalkan penggunaan ganja.
Ini bermakna tiada lagi kesalahan dalam undang-undang berkenaan menanam dan menjual produk ganja dan rami, atau menggunakan ganja untuk tujuan kesihatan. - KitaReporters