DALAM tempoh seminggu lagi, sesi persekolahan pasca-COVID-19 di negara ini bakal dibuka. Murid dan guru sibuk membuat persiapan untuk mulakan tugas masing-masing. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dulu, sekolah ditutup terus. Hubungan langsung antara guru dan murid terputus. Ada sesetengah guru yang berasa separuhnya nyawa mereka hilang ketika itu. : KitaReporters

Kredit foto-foto: Haris Fadilah Ahmad
Tiada sambutan Hari Guru dilakukan di sekolah pada tanggal 16 Mei 2020 lalu sebagaimana lazimnya. Ucapan hanya dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook, Twitter dan Instagram.
Tiada sebarang majlis sambutan meriah di sekolah sempena Hari Guru 2020 tahun ini gara-gara penularan wabak pandemik COVID-19 yang 'menyerang' dunia termasuk Malaysia.
Sekolah tutup. Guru dan murid bercuti. Bagaimana nak buat majlis. PKPkan!!
Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi kegelapan. Menerangi hidup insan lain.

Tahun ini, kebanyakan peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah meraikan sambutan tersebut secara sederhana pada tarikh yang dipilih masing-masing, tetapi tetap meriah apabila insan yang bergelar guru sahaja dapat 'menjiwai' profesion itu antara yang tertua di dunia ini.
PKP dan SOP jangan dilupakan sama sekali.
Biar lewat asal bersambut!

Demikian hal yang mewarnai kehidupan 12 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Lipis, Pahang apabila turut mengadakan sambutan Hari Guru di sekolah itu apabila kerajaan memberi kelonggaran menerusi (PKP) Pemulihan mulai 10 Jun 2020.
Syoknya dapat berjumpa semula!!!

Guru Besar SK Limau Purut, Abd Manaf Mat

Abdul Manaf Mat (kanan) menyampaikan cenderahati kepada seorang guru sempena sambutan Hari Guru di sekolah berkenaan
Guru Besar SK Limau Purut, Abd Manaf Mat berkata, setelah kerajaan memberi kelonggaran dan kebetulan guru kembali bertugas semula memberikan ruang dan peluang bagi jawatankuasa sambutan hari guru peringkat sekolah menyusun tentatif yang bersesuaian.
Ada jugak orang bagi hadiah macam ni ye!!! Asal boleh jadi kenangan tak mengapa.


Guru Matematik, Mohd Faizal Mohd Tamin Al Shaujai menzahirkan rasa gembira kerana sambutan berkenaan cukup signifikan untuk menghargai profesion guru dan menghargai pengorbanan guru.

Kredit foto: www.tvsarawak.com
Guru antara kerjaya yang sangat mulia. Mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berilmu.
Jangan diganggu emosi guru-guru. Mereka juga memiliki hati dan perasaan seperti kita yang bukan guru. Lama tidak bersua dengan anak murid, perasaan rindu tetap ada.
Syabas dan tahniah untuk semua guru di Malaysia dan dunia. Anda manusia hebat. - KitaReporters