.
Bagi insan seni yang bergantung sepenuhnya dalam bidang seni, jika tiada ‘job’ (istilah ‘kerja’ dalam bidang seni), akan terputuslah sumber rezeki untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga. Perkara itulah yang ditakuti insan seni baik yang bekerja di depan atau belakang tabir.

Dan salah seorang insan seni yang mengalami masalah itu ialah Mohammad Azman Harun Arashid atau nama komersialnya Dharma Harun Al-Rashid, 68 yang merupakan duda dua anak.
Namun dengan kesihatannya semakin memburuk sejak tiga tahun lalu iaitu sejak 2022, kehidupan Dharma semakin sempit

Dharma dihujani pelbagai penyakit, antaranya menghidap gastrik, asma, mengalami bengkak bahagian jantung dan paru-paru serta turut menghidap tiroid.
/
Walaupun mengalami kesempitan hidup, Dharma tetap mahu kedua-dua anaknya Mohammad Al-Syafiq dan Siti Qurratu Aini meneruskan pengajian mereka di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) agar berjaya dalam hidup.

Pada Jumaat, 4 Jun 2025 lalu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave datang menziarah ke rumah Dharma yang merupakan kenalan lamanya.
Dia sudah lama mencari keberadaan Dharma dan hanya mengetahui dengan tepat rumah sewa Dharma di Wangsa Maju, Kuala Lumpur selepas berita pelakon veteran itu tersiar di media.
Dave memberi sumbangan RM1,000 bagi pihak YKAT bagi membolehkan Dharma mendapat makanan berkhasiat kerana kini tubuhnya semakin kurus kerana mengalami penurunan berat badan yang ketara. Dave turut mengajar Dharma melakukan beberapa senaman untuk menguatkan fizikalnya.
Dalam pertemuan itu Dave turut menyanyi dengan iringan keyboard yang dimainkan oleh Dharma.
/
Dharma diperkenal oleh pengarah Othman Hafsham untuk memegang peranan utama dalam filem ‘Adik Manja’ sebagai Cikgu Azmi bergandingan dengan Noor Kumalasari. Filem ‘Adik Manja’ terbitan Merdeka FilemStudio pada 1980.
/
Dan pada tahun 1980-an, Dharma merupakan seorang pelakon popular. Selain ‘Adik Manja’ dia juga turut memegang peranan penting dalam beberapa filem antaranya ‘Mama Oh Mama’, ‘Sikit Punya Gila’, ‘Langit Petang’, ‘Ke Medan Jaya’ , ‘Aku Yang Berhormat’ dan ‘Talak’.
/
Selepas itu Dharma membuka rumah produksi pada tahun 2022 untuk program terbitan dan arahannya, ‘Deko Ibadah’ di TV Al-Hijrah yang mendapat sambutan.

Dharma pernah menerima bantuan Ziarah Madani daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Februari 2024.
Semuanya membuktikan kehidupan insan seni tidak sentiasa indah dan glamor sehingga ke penghujung. - KitaReporters