Seni & Sukan 30 Jun, 2025

Ponjanalai dan Jamie jadi tumpuan! Kejohanan Golf Terbuka Amatur Wanita Royal Selangor Golf Club!

@amran mulup
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bermastautin di Melaka. Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Share this


Juara Kejohanan Remaja Antarabangsa Selangor ke-4, Sarisa Pojanalai dari Thailand bakal menjadi tumpuan apabila mengesahkan diri untuk bertanding di Kejohanan Golf Terbuka Amatur Wanita Royal Selangor Golf Club (RSGC) ke-48 yang akan berlangsung di Melaka dari 5 hingga 7 Ogos 2025 ini. 

Ponjanalai muncul juara menerusi permainan stroke play apabila melakar catatan 213 pukulan dalam saingan yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor dari 16 hingga 18 Januari 2025 lalu. 

Terbaharu, pemain dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jamie Camero turut telah mengesahkan penyertaannya di kejohanan ini.

Jamie berada di kedudukan 743 World Amateur Golf Ranking (Penarafan Golf Amatur Dunia atau WAGR) dan pernah mencapai ranking terbaik di tangga 348 mencatatkan lima kemenangan dan berada pada kedudukan 10 terbaik menjadikan dia antara pesaing yang perlu diberi perhatian.


Sarisa Pojanalai


Jamie Camero


Ponjanalai dan Jamie adalah antara 60 pemain yang bakal menghangatkan cabaran selama tiga hari itu yang turut menampilkan pemain tempatan, Asia dan ASEAN bersaing pada kejonanan ini. 

Biarpun tanpa juara 2023, Mirabel Ting dan Winnie Ng yang muncul juara sebanyak dua kali sepanjang penganjurannya namun sandaran ini ke atas pemain remaja negara seperti Zi Yu Foong yang menduduki penarafan tempat ke-892 WAGR diikuti Putri Natasha Ameera Roslee (1519), Jamie Tan (1145) dan Eireen Syafeeya Efizan (2396).

Pengerusi kejohanan, Ai-Leen Tan berkata, penyertaan pemain dari Asia dan ASEAN seperti  Jepun, India, Guam, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Singapura, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta tuan rumah, Malaysia.

Menurutnya, bagi menarik lebih ramai penyertaan, penganjur menetapkan peserta mempunyai handicap bawah 13.4 dibenarkan untuk mengambil bahagian.

"Apabila kita merendahkan handicap untuk bermain kami menjangkakan lebih ramai pemain berkualiti akan menyertai kejohanan ini.

"Jika anda antara peserta terbaik dalam satu-satu kejohanan, anda pasti mahu bersaing dengan yang terbaik. Jadi, dengan menjadikan syarat penyertaan lebih ketat, kita mampu menyaksikan peserta lebih berkualiti beraksi," katanya pada sidang akhbar di RSGC baru-baru ini.


Ai-Leen Tan menjawab soalan pada sidang media Kejohanan Golf Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-48, di RSGC.


Katanya, buat julung-julung kalinya, pemain terbaik dari ASEAN akan menerima slot khas ke Pusingan Kelayakan ASEAN bagi Kejohanan Golf Maybank (Maybank Golf Championship) sekali gus memperkukuh peranan kejohanan ini sebagai platform lonjakan ke arah karier profesional.

Sebanyak empat kategori bakal dipertanding pada Kejohanan Amatur Terbuka Wanita RSGC 2025 ini termasuk Piala Tuanku Bahiyah bagi juara individu gross dan Piala Datin Azian (pasukan gross).Manakala Piala Toh Puan Norashikin bagi juara individu nett dan Piala Clarissa Lee pula untuk pasukan nett. - KitaReporters

11
15
0
14
0
You will be interested