Seni & Sukan 23 Sep, 2022

Video| Piala Raja Thailand 2022: Aksi tangkas Syihan bawa Malaysia ke final! Tewaskan Thailand 5-3!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


KECEMERLANGAN Syihan Hazmi telah membawa Malaysia ke perlawanan akhir Piala Raja Thailand 2022 selepas menewaskan Thailand dalam penentuan sepakan penalti 5-3 yang berlangsung di Chiang Mai,Thailand pada malam tadi. 22 September 2022.

Dalam perlawanan masa sebenar, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan terus dibawa ke sepakan penalti untuk mencari pemenang


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan Piala Raja Thailand



Malaysia antara pasukan jemputan dalam kejohanan ini bermain dengan cemerlang pada separuh masa pertama dengan asakan demi asakan sehingga memberi kesukaran kepada barisan pertahanan Thailand. 

Malaysia hampir di depan menerusi Darren Lok namun beberapa percubaan beliau berjaya dinafikan oleh penjaga gol lawan. 

Thailand sekali sekala cuba melakukan serangan namum pemain Malaysia berjaya mengekang gerakan pemain sehingga memberi kesukaran untuk mereka. 

Malaysia akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-32 selepas hantaran cantik dari Muhammad Safawi Rashid berjaya dimanfaatkan oleh Corbin-Ong untuk mendiamkan seketika penonton tuan rumah.  

Malaysia terus menekan dan hampir menambah jaringan namun percubaan yang dilakukan oleh beberapa pemain Malaysia sering tersasar.  



Bermula separuh masa kedua, Thailand dilihat berjaya bangkit untuk mengekang serangan Harimau Malaya dan mengambil alih perlawanan sehingga mengawal permainan dengan melakukan serangan dari pelbagai arah. 

Pertukaran oleh pengendali skuad Gajah Putih ini memberi kelebihan buat mereka apabila banyak peluang berjaya dicipta namum penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi beraksi cukup cemerlang dalam perlawanan ini. 

Syihan berjaya melakukan tiga penyelamatan yang boleh memberi gol kepada pasukan Thailand ini. 



Perlawanan yang dilihat akan berakhir kemenangan untuk Malaysia namun Pansa Hemviboom berjaya menafikan seketika keseronokan pemain Malaysia untuk mengheret perlawanan ke sepakan penalti. 

Syihan sekali memainkan peranan penting apabila menyelamatkan satu sepakan penalti sementara kelima-lima pemain Malaysia berjaya menyudahkan tendangan penalti tersebut. 

skuad kendalian Kim Pan-gon akan bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir pada Ahad (25 September 2022) nanti yang melakukan kejutan menewaskan Trinidad & Tobago, dalam satu lagi aksi sebelum perlawanan ini berlangsung petang tadi. - KitaReporters


 

11
10
0
18
0
You will be interested