Seni & Sukan 12 Oct, 2023

Hapuskan cukai hiburan konsert dalam Bajet 2024! Permintaan 15 persatuan di bawah Music Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


PERSATUAN industri Muzik Malaysia (Music Malaysia), meliputi 15 persatuan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, ingin merayu kepada kerajaan supaya membantu industri muzik dengan menghapuskan cukai hiburan ke atas konsert yang baharu diperkenal semula selepas dikecualikan pada zaman PKP. 

Selama lebih dua tahun pada era pendemik, penganjur tempatan tidak dapat menjalankan apa-apa konsert akibat gejala Covid yang telah melanda negara. 

Ramai penganjur mengalami masalah kewangan dan ada yang gulung tikar apabila aktiviti penganjuran konsert tidak dibenarkan. 

Meskipun cukai bagi aktiviti konsert pada masa itu dikecualikan, pihak penganjur dan industri muzik kurang mendapat manfaatnya kerana pada era PKP segala aktiviti konsert masih belum dibenarkan. 

Kini adalah fasa pembangunan semula industri muzik dan memperlihat suasana yang sangat positif apabila banyak konsert tempatan dan luar negara mula berlangsung. 


Freddie Fernandez (kanan) dan Ayob Abd Majid


Apabila cukai sebanyak 25 peratus (yang sebenarnya agak tinggi) diperkenal semula di atas penganjuran konsert, pastinya akan membantutkan semula progres pemulihan industri muzik, kerana konsert merupakan antara elemen paling penting dalam ekosistem industri ini di mana ia menjana pendapatan para penyanyi, pemuzik, pembekal alat bunyi dan cahaya, syarikat tiket, lokasi dan lain-lain yang berkaitan. 

Music Malaysia ingin merayu kepada pihak Kerajaan untuk menghapuskan cukai hiburan di atas segala aktiviti konsert dalam Bajet 2024 yang akan diperkenal kerana ia akan membantu penganjur untuk meneruskan survival dan membina kembali perniagaan yang ratanya-ratanya lumpuh semasa era pandemik. 

“Bagi kami dalam Music Malaysia, perkara amat penting dan apabila cukai ini dikecualikan semua pemain industri pasti mendapat manfaatnya dan akan memacu pembangunan muzik yang rancak pada tahun-tahun yang akan datang,” kata Datuk Freddie Fernandez, Pengerusi Music Malaysia. 

Dengan demikian Music Malaysia amat-amat mengharapkan pihak Kerajaan memberi pertimbangan terhadap perkara ini dan senantiasa menyokong segala perkara yang baik yang diperkenal bagi kebaikan industri seni negara. 


Dato Freddie Fernandez, Pengerusi Music Malaysia  


Berikut adalah persatuan-persatuan yang bergabung di bawah Music Malaysia : 

1. Persatuan Armada Anak Seni Sarawak (ARAS) 

2. Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) 

3. Persatuan Penyanyi dan Pelakon India Malaysia 

4. Persatuan Komposer dan Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE) 

5. Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) 

6. Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR) 

7. Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) 

8. Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia Baru (MAME) 

9. Persatuan Pemuzik Pulau Pinang 

10. Persatuan Pemuzik Negeri Kedah 

11. Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) 

12. Persatuan Pemuzik Malaysia 

13. Pertubuhan Republik Muzik 

14. Persatuan Ejen dan Penganjur Hiburan Artis 

15. Persatuan Pengusaha Restoran, Bar dan Pusat Hiburan Malaysia

11
12
0
17
0
You will be interested