Seni & Sukan 21 Oct, 2023

Video| Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa! Bawa keunikan warisan Saree Malaysia kepada UNESCO!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa, yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources (BNR), berakhir dengan kemuncak yang spektakuler pada 14 Oktober 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

Acara ini, yang berlangsung selama beberapa hari, yang telah menghimpunkan peminat fesyen, artis, dan penggemar budaya dalam usaha untuk meraikan warisan Malaysia.

Acara ini telah dimulakan dengan bengkel pendidikan yang mendalam pada 7 dan 8 Oktober 2023. 

Semasa bengkel-bengkel berlangsung, peserta berpeluang untuk menjelajahi sejarah dan kepentingan batik oleh Munir Yahya dari Dimu Design dan songket oleh Siti Hajar, CEO Songket Republik di lokasi yang disediakan oleh International Academy of Fashion and Design (IFTC). 

Peserta dibimbing melalui sesi maklumat di mana mereka mempelajari tentang teknik-teknik yang terlibat dalam mencipta tekstil Malaysia yang ikonik ini. 

Melalui bengkel-bengkel ini, peserta berpeluang untuk mendapatkan wawasan mengenai penggunaan pewarna semula jadi dan warna, mempromosikan kelestarian dan kesedaran ekologi.



Pada kemuncak acara ini, ia menampilkan pertunjukan fesyen yang memukau dengan menggabungkan tekstil tradisional Malaysia dengan rekaan fesyen kontemporari yang diinspirasi oleh saree (sari). 

Ia merupakan satu persembahan warna-warna yang unik, corak yang rumit, dan kemahiran yang amat tinggi, di mana 44 model mempersembah sejumlah 77 penampilan yang menakjubkan, hasil rekaan daripada 11 pereka yang diinspirasikan oleh pelbagai budaya Malaysia.

Pereka feksyen ini terdiri daripada 7 pereka yang berpengalaman iaitu Norina Abdul, Munir Yahya, Linda Isa, Kesheen Ragunathan, Yani Baktiar, Zandra, dan Kalai, and 4 pelajar pereka feksyen daripada International Academy of Fashion and Design (IFTC) iaitu Tan Ruo Qian, Priyashalini Eswaran, Naresh Yempati dan Lia Mysara.

Saree Malaysia, yang dihasilkan dengan teliti daripada batik, songket, dan sutera Malaysia, menjadi lambang yang mendalam terhadap warisan budaya Malaysia. 

Ciptaan ini tidak hanya mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya negara ini, tetapi juga berperanan sebagai medium ekspresi seni.



Acara Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa ini bertujuan untuk mengekalkan dan mempromosikan warisan budaya Malaysia melalui bengkel dan pertunjukan fesyen sebagai penutup acara. 

Ia antara usaha untuk mencipta platform bagi pereka fesyen untuk memamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden. 

Ia juga bertujuan untuk menarik penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam, untuk mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.

Selain itu, Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa bukan sahaja untuk mempromosikan kelestarian budaya tetapi juga memperkasakan artis tempatan, pereka, dan penenun. 

Melalui acara Anugerah Pengiktirafan Pereka yang berlangsung pada hari kemuncak acara untuk mengangkat individu berbakat ini dan menyokong kelestarian kraf tangan tradisional.

Anugerah ini terdiri daripada tiga kategori:

  • Anugerah Pereka Baharu: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik, dimenangi Naresh Yempati
  • Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif, dimenangi Kesheen Ragunathan
  • Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik Warisan Malaysia Terbaik, dimenangi Munir Yahya.



"Pertunjukan Fesyen ini bukan hanya tentang fesyen tetapi ia adalah satu refleksi mendalam identiti budaya kami, sebuah gerakan budaya, satu bukti semangat kekreatifan yang berterusan, dan demi memeberi penghargaan kepada artis yang menenun kepelbagaian warisan kami," kata Bkay Nair, Pengarah Bkay Nair Resources.

"Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara kita pada peringkat global, dan juga mempersembahkan kepada ibu kota fesyen terkenal seperti Paris dan seluruh Eropah. 

Kami bertujuan untuk memulakan perbincangan antarabangsa yang menonjolkan keunikan tekstil Malaysia, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan kami yang kaya di peringkat global," Bkay menyimpulkan.

Hasrat untuk mempersembah ciptaan ini kepada UNESCO melambangkan usaha untuk mengangkat warisan budaya Malaysia ke peringkat global. 

Inisiatif ini menekankan kepentingan tradisi sambil menghormati kekayaan kreativiti Malaysia. Dalam setiap benang dan corak, identiti Malaysia bersinar - sebagai penghormatan kepada masa lalu, budayanya, dan semangat seni yang berkekalan.



Keseluruhannya, penciptaan Saree Malaysia oleh Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa adalah lebih daripada usaha seni - ia adalah naratif kesinambungan budaya, kecerdasan kreatif, dan keanggunan yang kekal. 

Acara ini lebih daripada satu persembahan; ia adalah perjalanan mendalam yang menggabungkan tradisi, inovasi, dan bahasa fesyen yang universal.

Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) dan Tourism Malaysia serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya, dan banyak lagi.

Acara ini telah dihadiri Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan Malaysia; Sufian Zainuddin, Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia Wilayah Tengah; Datin Salida Ibrahim, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dasar (Kebudayaan MOTAC); dan Kamal Roslim, Pengarah Pemasaran & Bahagian Promosi RTM. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
8
0
14
0
You will be interested