Seni & Sukan 26 Sep, 2023

Sukan Asia 2022: Tan Cheong Min hadiahkan pingat perak wusyu! Kali terakhir menang 2010 juga di China!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: FB MSNM


Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya kem wusyu menghadiahkan pingat perak pertama buat Malaysia pada Sukan Asia 2022 di China menerusi Tan Cheong Min dalam acara gabungan nanquan dan nandao pada 26 September 2023. 

Negara China seakan-akan membawa tuah buat diri Cheong Min yang merupakan bekas juara dunia pada tahun 2019 juga di negara yang sama dan pada tahun ini (2023), sekali lagi atlet berusia 25 tahun ini memenangi pingat buat Malaysia di negara tersebut. 

Kejayaan beliau juga berjaya menamatkan penantian selama 13 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2010 menerusi Chan Fon Yin pada edisi Guangzhou, China pada 2010.  



Pada acara tersebut, Cheong Min tewas tidak jauh perbezaan mata dengan atlet tuan rumah, Chen Huiying yang peroleh kutipan 19.590 mata untuk pingat emas sementara dirinya mendapat 19.419 mata di tempat kedua sementara pingat gangsa dimenangi atlet dari Uzbekistan, Latisheva Darya. 

Kejayaan ini pasti akan memberi suntikan buat atlet wusyu yang akan turun dalam acara seterusnya bagi memburu pingat pada Sukan Asia 2022 ini. - KitaReporters

11
11
0
14
0
You will be interested