Seni & Sukan 21 Jan, 2023

Video| Saya tak terbabit babak panas filem Pulau! Diberikan watak baik, tak kontroversi! - Alif Satar

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Ketika ini begitu hangat diperkatakan mengenai filem Pulau yang dikatakan mempamerkan beberapa babak 'panas' dan telah mengundang rasa kurang enak daripada beberapa pihak. 

Namun begitu, pelakon lelaki yang turut sama dalam filem itu, Alif Satar tampil menjelaskan bahawa dirinya tidak terbabit dalam mana-mana babak tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pulau-pulau


Bagi Alif, pengarah filem tersebut Euho tidak memberikan beliau watak yang harus terlibat dalam mana-mana adegan itu. 

Malahan, disebabkan mereka sudah lama mengenali satu sama lain, atas faktor ini Alif diberikan watak yang lebih baik dan tidak menjurus kepada kontroversi. 

Biarpun sudah 16 tahun terlibat dalam dunia seni, untuk berlakon dalam filem ini ternyata bukan mudah kerana dirinya harus melalui percubaan dahulu sebelum di terima membintagi filem itu. 

Selain Alif yang terlibat dalam filem tersebut, ada beberapa pelakon lain seperti Amelia Henderson, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Mark O'Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar turut bersama menjayakan filem Pulau ini. - KitaReporters


16
11
0
14
0
You will be interested