Seni & Sukan 10 Aug, 2022

Liga Super 2022 : Jaringan tunggal pastikan 3 mata penting untuk Sabah FC! Kukuh di tangga kedua!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JARINGAN tunggal daripada Badrol Baktiar pada separuh masa kedua sudah cukup untuk memastikan Sabah Football Club (FC) mengutip tiga mata penting untuk menewaskan Sarawak United FC 1-0  dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada malam tadi (9 Ogos 2022). 

Kemenangan ini memastikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga dan peluang untuk bermain pada peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) makin cerah


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Sabah FC

Kredit foto-foto: FB Malaysian Football League


Kembalinya beberapa pemain utama seperti Saddil Ramdani, Badrol Baktiar dan Rizal Ghazali ternyata memberi kelegaan untuk Ong Kim Swee selepas kehilangan mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini. 

Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat skuad Sang Badak yang lebih menguasai perlawanan dan mereka mempunyai deretan peluang dalam perlawanan ini namun bahagian hadapan sering persia-siakan peluang terhidang. 

Sabah terpaksa menunggu sehingga minit ke-63 untuk membuka tirai jaringan apabila umpanan cantik daripada Saddil berjaya ditanduk oleh Badrol untuk menceriakan 10 ribu penonton yang hadir dalam perlawanan ini. 

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Sarawak United FC, Tauffiq Ar Rasyid Johar yang beraksi dengan baik untuk memastikan pintu gol beliau daripada terus dibolosi termasuk aksi tangkas menyelamatkan percubaan daripada Saddil dan Taiki Kagayama



Sarawak United juga mempunyai beberapa peluang terbaik termasuk ketika berhadapan dengan penjaga gol Sabah sahaja namun mereka gagal untuk memanfaatkan peluang terbaik itu. 

Kekalahan skuad S. Balachandran adalah kekalahan ketiga dalam lima perlawanan terakhir mereka dan ini membuatkan Sarawak United berada di tangga ke-10 liga. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB Malaysian Football League

14
12
0
12
0
You will be interested