Seni & Sukan 27 Apr, 2021

Berita Terkini| SPRM sahkan 2 pegawai terlibat Geng Nicky ditahan! Tiada kompromi - Azam Baki!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan. - Kredit foto: Freemalaysiatoday.


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawainya yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan. 

“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media di Putrajaya pada Selasa 27 April 2021.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay mengumumkan dua pegawai SPRM ditahan bersama 10 pegawai polis.

Penahanan itu dibuat menerusi Ops Pelican 3.0 Fasa II yang dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dari 21 April hingga 27 April 2021.

Antara pegawai polis ditahan adalah seorang dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan seorang dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan Bab VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 Azam Baki memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai SPRM sekiranya ada yang terlibat.

3
1
2
0
0
You will be interested