Seni & Sukan 12 Apr, 2021

Listra Penyambung Generasi Anda! Untukmu wanita: Jika tubuh sihat, tahap kesuburan juga baik!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Listra bekerjasama dengan pihak MRT dalam kempen sempena pelancaran Listra Penyambung Generasi Anda bersama Mass Rapid Transit  Corporation (MRT Corp) di stesen Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa, 6 April 2021. 


MENGEKALKAN tahap kesihatan yang baik sangat dituntut agar tubuh sentiasa sihat, bertenaga dan mampu melaksanakan rutin harian dengan ceria dan cergas.

“Tubuh yang sihat menandakan tahap kesuburan yang bagus dan bakal melahirkan generasi yang berkualiti. Justeru penting kita mengamalkan cara hidup yang baik seperti amalan pemakanan yang betul, bersenam dan berfikiran positif.

“Salah satu penyebab tahap kesuburan terganggu apabila berlaku perubahan hormon dalam tubuh yang berpunca daripada tekanan. Ini yang kita bimbangi apabila gagal menangani kesibukan harian sebagai pelajar, bekerjaya atau suri rumah.


Siti Eaisyah Hamzah bersama empat produk makanan tambahan keluaran syarikatnya, Habbasauda Listra dan Habbasauda Plus,  susu kambing Listra Goodmilk (susu tanpa gula) dan Bee Coffee.


“Meningkatkan semula kesihatan memerlukan teknik pemulihan yang betul antaranya dibantu dengan cara pengambilan makanan tambahan. Justeru kami kenalkan produk Listra yang antara kandungannya daripada habatus sauda, makanan sunnah yang disyorkan untuk semua peringkat usia,” ujar Pengasas Listra Malaysia, Siti Eaisyah Hamzah.

Beliau ditemui selepas melancarkan kempen Listra Penyambung Generasi Anda bersama Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) di stesen Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa, 6 April 2021.

Pihaknya menyasarkan jualan RM1 juta sebulan menerusi kempen sehingga akhir tahun ini. 

“Wajah” Listra akan terpampang di dalam koc MRT sebagai inisiatif mendidik orang ramai khususnya golongan wanita  mengenai pentingnya  penjagaan dalaman.

 “Produk Listra telah berada di pasaran sejak 2014 dan produk ini berasaskan bahan semula jadi, mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pensijilan halal.  Ia dihantar ke Universiti Teknologi Mara (UTM) untuk dianalisis bebas daripada kandungan bahaya sebaliknya membekalkan tenaga agar kita terus aktif sepanjang hari,” katanya.



Pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan MRT kerana pengangkutan tersebut menjadi pilihan orang ramai termasuk golongan pelajar dan bekerjaya. Ia  bersesuaian dengan tema menjadikan wanita aktif namun kekal sihat, subur dan menawan.

“Saya berharap lebih ramai wanita mengambil berat penjagaan kesihatan bagi memastikan rahim dalam keadaan sihat dan subur. Selain menambah kebahagiaan keluarga, ia juga sebagai penyambung zuriat generasi akan datang.

“Listra mengembalikan semula tenaga akibat penat dengan aktiviti seharian termasuk bekerja atau menguruskan rumah tangga. Ia menstabilkan hormon dan mengembalikan tahap kesuburan dan tubuh yang sihat,” ujarnya.


Kredit foto: FB Listra Malaysia


Siti Eaisyah lagi,  Listra turut membuka peluang menambah pendapatan kepada orang ramai dengan menjadi ejen di seluruh negara.

“Ejen yang sedia ada lebih 100 orang termasuk Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei malah ada juga pihak yang membawanya ke Indonesia. Kami mengalu-alukan penyertaan ejen melalui kaedah dropship.

“Selepas enam bulan jika mereka berjaya mengekalkan jualan dengan syarat yang ditetapkan pihak Listra akan membayar gaji asas termasuk simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini adalah cara syarikat mengembalikan keyakinan golongan yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid 19. Bangkit kembali dengan peluang yang baharu kerana kami akan bimbing sehingga berjaya,” katanya.


Siti Eaisyah Hamzah (tengah) bersama duta produk Listra, komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun dan anaknya (kanan); Ketua Eksekutif Bina Mutiara Global Sdn Bhd, Dzulfikar (dua dari kanan); tetamu jemputan artis Adam Corrie dan anaknya (dua dari kiri) dan Dr. Noor Fidak Samsudin (kiri) dari bahagian Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.


Di majlis yang sama pihaknya turut memperkenalkan duta Listra, komposer dan juga penyanyi Hafiz Hamidun dan beberapa tetamu jemputan. 

Selain produk berasaskan habatussauda seperti Habbasauda Listra dan Habbasauda Plus, Listra turut mengeluarkan susu kambing Listra Goodmilk (susu tanpa gula) dan Bee Coffee yang  menawarkan pelbagai manfaat  kesihatan seperti mengurangkan sembelit, meningkatkan imuniti tubuh dan penambah tenaga.

Maklumat lanjut mengenai Listra Malaysia, lawati laman facebook, Listra Malaysia dan Instagram @listramalaysia. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested