Gaya Hidup 10 Feb, 2021

Ya Allah sabar, tengah nak ambik wuduk! Ingatkan mesej kawan! Rupanya ustaz sendiri WhatsApp!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

Kredit foto: edubestari.com


RAMAI orang yang mengetahui bahawa rata-rata pelajar sekarang perlu belajar melalui sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak tahun 2020 lagi agar para pelajar tidak ketinggalan dan mampu untuk mengikut sistem pembelajaran.

Namun sepanjang tempoh PdPR pelbagai kerenah para pelajar yang telah dikongsikan dalam media sosial sehingga mencuit hati semua orang.

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PdPR:

https://kitareporters.com/search?search=PdPR 


Kredit foto: stf.edu.my


Katanya dalam satu thread ringkas bahawa berlaku silap faham antara dia dan gurunya kerana beliau lupa untuk menyimpan nombor telefon gurunya sendiri.

Pada mulanya beliau telah menerima mesej daripada gurunya dalam aplikasi WhatsApp tanpa mengetahui itu datang daripada gurunya sendiri.

Di mana beliau membalas WhatsApp itu seperti kawannya sendiri tanpa mengetahui itu adalah gurunya sambil bertanya kenapa kena perlu masuk Google Meet.



Bukan itu sahaja, beliau juga sempat menyuruh agar kawannya bersabar terlebih dahulu untuk masuk dalam Google Meet kerana dia ingin mengambil wuduk terlebih dahulu.



Apa yang membuatkan beliau terkejut rupa-rupanya mesej tersebut adalah daripada gurunya kerana menegur memberitahu bahawa dia adalah ustaz kelasnya sendiri.

Aku yg yg ngajor.Ko ni tak tak save no ak k?

Oleh sebab itu, pelajar tersebut telah membuka kamera komputer yang digunakan sebagai tanda maaf kepada ustaznya berhubung kes salah faham yang terjadi.

Rata-rata netizen memberi respons bahawa mereka juga takut jika terjadi perkara sebegini pada mereka.







Ada juga yang memberitahu jika berhadapan ni mahu kena rotan dah ni.

Semoga semua pelajar yang sedang belajar melalui sistem PdPR ini terus istiqamah kuat dalam menuntut ilmu walaupun banyak cabaran yang perlu dihadapi sekarang. - KitaReporters

2
1
0
5
0
You will be interested

Piala Emas Raja-raja kembali! Capai ulang tahun 100 tahun pada 2022! Piala Agong pembuka tirai!

Piala Malaysia yang masuki 100 tahun penganjuran pertandingannya, kejohanan bola sepak, Piala Emas Raja-raja turut akan cecah angka usia itu pada tahun 2022 ini

ABK21: Arif Aiman Pemain Paling Bernilai! Bojan Hodak Jurulatih Terbaik! JDT Pasukan Terbaik!

Arif Aiman Hanapi cipta sejarah dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP), Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2021
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Apabila otai panggil! Haiwan ternakan terus berkumpul, masuk reban! Otai masih berbisa!

Pada awalnya, ayam, angsa, itik tak endahkan arahan seorang budak lelaki tapi setelah 'otai' datang, kesemua haiwan berkenaan terus berkumpul dan masuk ke reban
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago

Fusser, Junaidy, Nurul Ain, Nur Akmal terbaik! Pengadil & Penolong 2021! Si Baju Hitam dihargai!

Mohd Fusser Mad Sallih, Mohd Junaidy Abd Samad muncul Pengadil Bola Sepak Terbaik Kebangsaan, Penolong Pengadil Bola Sepak Terbaik Kebangsaan 2021 anjuran FAM
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Macam nak tercabut pinggul! Fazley belajar gelek dangdut! Agar tak tersingkir dari GV8!

Untuk episod ketiga GV8, Fazley Yaakob diberikan lagu berjudul Yang Sedang-Sedang Saja. Selain perlu menyanyi secara dangdut, dia juga belajar berjoget dangdut
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago